Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Strategi IKIM dan Puteri UMNO mirip kumpulan Black Metal

Assalamualaikum,

Strategi IKIM dan Puteri UMNO mirip kumpulan Black Metal

Pada 20 Julai, 2001 Dr Mahathir telah memperlihatkan sekali lagi niat busuk beliau terhadap agama Islam. Kali ini Dr Mahathir cuba memberi gambaran kononnya sekolah-sekolah agama Islam adalah tempat membiaknya budaya pemujaan syaitan kumpulan Black Metal yang hangat dilaporkan sekarang ini.

Nampak sangat Dr Mahathir dan UMNO ingin mengambil kesempatan dari pendedahan gejala Black Metal ini untuk menjustifikasikan langkah yang sudah lama diidamkan oleh kerajaan UMNO-BN, iaitu mengambil alih sepenuhnya pengurusan semua sekolah-sekolah agama Islam. Sudah lama Dr Mahathir dan UMNO-BN mengidam untuk meningkatkan kawalan keatas sekolah-sekolah agama sebagai salah satu cara untuk membanteras serta menghapuskan arus kebangkitan Islam yang semakin kuat demi hari.

Lebih kurang tiga minggu yang lepas kita telah lihat Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya dibakar untuk menjustifikasikan penangkapan dua orang pemimpin pelajar dibawah ISA serta pindaan yang akan dibuat kepada Akta Universiti dan Universiti Kolej yang bertujuan untuk mengetatkan lagi kawalan keatas pelajar-pelajar. Sekarang ini pula nampaknya gejala Black Metal akan diputar belitkan dan diambil kesempatan darinya untuk menjustifikasikan langkah untuk mengambil alih sepenuhnya pengurusan sekolah-sekolah agama.

Kepada Dr Mahathir ingin disarankan agar jangan terlalu melulu dalam menuding jari kearah sekolah-sekolah agama. Kalau pun benar ramai murid sekolah agama turut terlibat dalam gejala Black Metal ianya tidak menghairankan. Ini adalah kerana iblis dan syaitan serta musuh Islam lazimnya menjadikan orang-orang yang bertaqwa sebagai sasaran dalam ajenda mereka untuk menyesat dan memurtadkan.Maka sekolah agama yang mendidik anak-anak kita untuk menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa sudah semestinya menjadi target serangan iblis dan tentera-tenteranya.

Dr Mahathir perlulah terlebih dahulu melihat kepada perbuatannya sendiri, terutamanya perbuatan menghina dan membelasah Islam ("Islam bashing") kerana bermacam bala yang menimpa keatas negara kita dari segi politik, ekonomi dan sosial mungkin akibat dari perbuatan "Islam bashing" tersebut.

Lupakah Dr Mahathir beliau sering menghina dan memperlekehkan hukum-hakam yang tersyariat dalam Al Quran. Tidak ada bedza antara perbuatan Dr Mahathir menghina Al Quran dengan perbuatan Black Metal memijak Al Quran.. Malah perbuatan Dr Mahathir menghina Al Quran lebih teruk lagi. Tambah pula Dr Mahathir adalah pemimpin kerajaan negara ini dan segala penghinaan yang dilakukannya terhadap Al Quran tersebar luas dan boleh memesung dan menyesatkan mereka yang lalai atau cetek pengetahuan dalam agama Islam. Mungkinkah Black Metal terpengaruh oleh Dr Mahathir?.

Lupakah Dr Mahathir bahawa beliau berkali-kali mengutarakan pertanyaan adakah hukum hudud itu akan menyelesaikan segala masalah. Dr Mahathir ingat yang dia mencabar Pas, tetapi sebenarnya dia telah mencabar Allah SWT, dan dengan itu sebagai pemimpin kerajaan dia telah mengundang bermacam-macam bala yang tak putus-putus menimpa ke-atas negara ini.

Dr Mahathir juga seharusnya melihat kearah Puteri UMNO yang mempunyai strateji yang hampir sama dengan Black Metal. Lihat sahajalah strateji Puteri UMNO untuk memikat remaja wanita Melayu untuk menjadi ahli. Strateji Puteri UMNO berteraskan hiburan dan muzik yang menyeronok dan melalaikan yang begitu mirip dengan strateji kumpulan Black Metal yang juga menggunakan muzik yang menyeronokkan untuk memikat muda mudi Islam kearah jalan murtad dan pemujaan syaitan. Hiburan dan muzik juga digunakan sebagai kaedah memikat muda mudi oleh pihak Gereja (Church). Malah Radio Islam anjuran IKIM yang baru dilancarkan turut mensajikan muzik untuk memikat pendengar. Nampak seolah-olah semacam IKIM, Puteri UMNO dan 'Black Metal' itu seiring dan sejalan.

IKIM memainkan muzik dan lagu-lagu dalam siaran Radio Islam untuk memikat pendengar dan ini tidak menghairankan kerana IKIM adalah salah satu dari agensi bertopengkan agama yang ditugaskan oleh UMNO untuk mensekularkan umat Islam di negara ini. Nampak sangat IKIM telah sengaja tidak menghiraukan larangan-larangan agama Islam terhadap berbagai jenis muzik dan hiburan. Radio Islam memainkan lagu-lagu Siti Nurhaliza dan Erra Fazira tanpa mempedulikan bahawa suara itu adalah sebahagian dari aurat wanita.

IKIM dan Puteri UMNO sengaja tidak mempedulikan unsur-unsur negatif yang terdapat pada muzik dan hiburan, terutamanya daya dan pengaruh muzik dan hiburan dalam merosak dan melalaikan umat Islam dari menunaikan ibadah (seperti meninggalkan solat fardhu kerana terlalu asyik). IKIM dan Puteri UMNO juga tidak peduli kepada hakikat bahawa muzik boleh menjurus kepada keruntuhan akhlak umat Islam, terutamanya dikalangan remaja.

Bukan sahaja orang Islam dalam BA, tetapi di kalangan orang BN pun ada yang turut menaruh rasa bimbang terhadap Puteri UMNO yang disyakki telah ditubuh dengan matlamat untuk mempengaruhi remaja wanita Melayu ke arah cara hidup yang liberal kononnya untuk menyediakan mereka untuk menghadapi menghadapi cabaran dan tekanan hidup dalam negara Malaysia yang maju menjelang tahun 2020. Bila wanita berubah kepada cara hidup yang liberal maka anak-anak mereka juga akan dididik untuk hidup secara liberal.

Setiap ahli Puteri UMNO dianjur mencari ahli baru bukan sahaja dari kalangan remaja wanita tetapi juga dari golongan remaja lelaki (untuk menjadi ahli Pemuda UMNO). Diketahui Puteri UMNO akan menganjurkan acara-acara hiburan dan muzik, majlis suai kenal antara muda-mudi, program 'match-making', majlis berdansa dan lain-lain acara yang menyeronokkan yang dikira punyai daya tarikan yang kuat untuk memikat muda-mudi kepada UMNO. Lihat sahajalah wahai Dr Mahathir bagaimana strateji Puteri UMNO ini begitu mirip dengan strateji yang digunakan oleh Black Metal.

Yang sangat dibimbangkan adalah strateji Puteri UMNO ini mendedahkan ahli-ahlinya kepada bermacam perkara yang haram dan sumbang; umpamanya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim yang menjurus kepada kemungkinan berakhir di atas katil dengan seks rambang. Sememangnya anatara pertimbangan dalam mewujudkan Puteri UMNO adalah untuk memupuk sikap liberal dikalangan remaja wanita yang menjurus kepada menghalalkan yang haram serta mengenepikan pantang larang nenek moyang. Cara hidup yang liberal ala wanita Barat itu dianggap perlu untuk menyediakan wanita Melayu kepada peluang-peluang serta cabaran dan tekanan hidup dalam negara Malaysia yang maju menjelang 2020. Dan kesemuanya ini meningkatkan potensi keruntuhan moral dikalangan muda mudi Melayu.

Kumpulan Black Metal adalah contoh yang jelas mengapa Islam telah mengharamkan berbagai jenis hiburan dan muzik yang menyeronok dan melalaikan itu. Puteri UMNO diminta mengambil iktibar dari Kumpulan Black Metal dan kembali kepada kaedah-kaedah yang tidak bercanggah dengan Islam untuk mendapat ahli-ahli baru. Ketua Puteri UMNO, Azlina diharap sekurang-kurangnya akan dengar teguran nenek-nenek dan makcik-mackcik Wanita UMNO yang turut menaruh rasa bimbang terhadap gerak geri dan hala tuju Puteri UMNO yang menjurus kepada merosakkan remaja Melayu.

Pihak IKIM yang mensajikan muzik dan lagu-lagu dari artiste seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira dalam siaran Radio Islam juga di minta mengambil iktibar dari gejala Black Metal. Mungkin para “cerdik pandai” di IKIM yang berfahaman orietalis dan sekular itu akan sedar dari gejala Black Metal mengapa Islam mengharamkan berbagai jenis muzik dan hiburan.

Nampaknya IKIM dan Radio Islam menggunakan kaedah yang sama dengan pihak Gereja (Church) Kristian. Muzik dan hiburan merupakan cara utama yang diperalatkan oleh pihak Gereja untuk memikat remaja kepada aktivit-aktiviti yang dijalankan oleh gereja. Pihak gereja juga menggunakan muzik dan hiburan yang menyeronokkan untuk memikat dan memurtadkan muda-mudi Islam. Saya masih ingat tahun 1970an dulu apabila budaya disko mula menjejak di negara ini. Gereja di Bukit Damansara telah mengadakan disko di premisnya setiap malam Sabtu. Dan ramailah remaja Melayu yang turut mengoyangkan punggung mereka dan mereka terpaksa diakhir disko itu mendengar 'sermon' (ceramah) mengenai agama Kristian dari salah seorang Paderi gereja tersebut.

Pihak IKIM jangan marah kalau dikatakan IKIM dan pihak gereja nampak semacam sehaluan. IKIM berusaha dengan gigih untuk membantu UMNO dalam mensekularkan orang Islam, sementara pihak gereja pula ingin memurtadkan orang Islam. Kalau dihalusi tidak akan nampak perbedzaan antara kegigihan IKIM untuk mensekularkan orang Islam dan usaha pihak Gereja yang secara senyap-senyap cuba memurtadkan orang Islam, malah kelihatan saling melengkapi antara keduanya. Bukankah sekularisma yang menolak pelaksanaan syariat Allah SWT dan menolak penubuhan negara Islam itu membawa kepada murtad? Oleh demikian tiada bedzanya antara IKIM dan pihak Gereja Kristian.

Akhirnya ingin diingatkan kepada IKIM yang memainkan lagu-lagu dalam Radio Islam akan padah mencampur adukkan yang dilarang oleh agama dengan yang dituntut. Kalau tak silap saya ada Hadith yang bermaksud jika muzik itu terlalu sangat dimainkan ianya akan mengundang bala dari Allah SWT berupa bencana tanah runtuh yang dahsyat-dahsyat yang akan mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan banyak harta benda. (Saya masih mencari nota-nota saya mengenai Hadith tersebut). Oleh kerana Radio Islam turut memainkan lagu-lagu dan muzik ianya bagaikan mencabar Allah SWT. Jangan hairan jika tidak lama lagi tanah di sekeliling KLSE Twin Towers tiba-tiba terpelusuk kedalam yang mengakibatkan bangunan tertinggi di dunia itu runtuh, atau pun tanah runtuh dan terpelusuk berlaku disekitar Putra Jaya atau KLIA yang membawa kemusnahan yang dahsyat. Allahu’alam.

Sekian dulu.

Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi
28 Rabiul Akhir, 1422
(20 Julai, 2001)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Julai 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com