Assalamualaikum,
Black Metal memijak Quran, Dr Mahathir menghina Quran
Maka Dr Mahathir pun mengeluarkan kenyataan pada 20hb
Julai, 2001 mengenai gejala kumpulan Black Metal.
Kumpulan ini memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang
menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad,
memijak Al Quran dan memuja syaitan. Dr Mahathir telah
merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak
mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu,
tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana
mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr
Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran.
Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran
dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran?
Tidak ada bedza langsung kerana kedua-duanya, iaitu Dr
Mahathir dan Black Metal bertindak sebagai
tentera-tentera iblis.
Malah hobi kegemaran Dr Mahathir, iaitu memperlekehkan
hukum-hakam agama Islam itu lebih dahsyat kesan
buruknya terhadap imej Islam kerana sebagai Perdana
Menteri segala tindak-tanduk beliau itu diberi liputan
yang meluas. Dan bala dari Allah SWT menimpa seluruh
negara kerana rakyat yang berupaya menghapuskan Dr
Mahatir telah tidak melakukannya.
Dalam kenyataan beliau mengenai Black Metal itu, Dr
Mahathir cuba mencemarkan imej sekolah-sekolah agama
Islam dengan memberi gambaran ( tanpa bukti ) bahawa
kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam
gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah
agama. Kegigihan Dr Mahathir untuk memburuk-burukkan
sekolah-sekolah agama Islam mudah difahamkan. UMNO
memusuhi sekolah-sekolah agama Islam kerana
murid-murid yang mendapat didikan agama apabila dewasa
nanti akan menolak UMNO kerana mereka tidak mahu
bersekongkol dengan UMNO yang sekular dan bergelumang
dalam rasuah, pecah amanah, melesenkan judi dan
melakukan bermacam-macam lagi yang bertentangan dengan
agama Islam. Sudah lama UMNO mencuba tetapi gagal
untuk mengambil alih pengurusan sekolah-sekolah agama
Islam untuk "mensekularkan" sekolah-sekolah tersebut.
Tidak akan menghairankan kalau gejala Black Metal ini
akan diperalatkan oleh UMNO untuk mengambil alih dan
"mensekularkan" sekolah-sekolah agama Islam di negara
ini. Seperti yang kita semua sudah pun sedia maklum,
sasaran UMNO adalah TASKI dan sekolah-sekolah rendah
agama seperti Sekolah Agama Rakyat yang semakin
populer.
Dituntut dari kerajaan Dr Mahathir supaya memberi
senarai nama-nama murid-murid sekolah agama yang
terlibat itu. Dr UMNO dan UMNO jangan membiasakan
tabiat membuat tuduhan tanpa memberi bukti. Lagi pun
dengan mendedahkan nama-nama murid-murid yang terlibat
dalam Black Metal ini mereka akan dapat dikenalpasti
dan dijauhi oleh murid-murid yang lain.
Dengan cepat-cepat menuding jari ke arah
sekolah-sekolah agama (tanpa memberi bukti seperti
senarai nama-nama murid yang terlibat) nampak sangat
UMNO cuba mengalih pandangan rakyat dari sebab-sebab
sebenar wujudnya gejala seperti Black Metal. Antara
sebab wujudnya gejala seperti Black Metal adalah dari
dasar UMNO yang berusaha untuk mewujudkan secara
beransur-ansur cara hidup yang liberal yang
mengenepikan hukum-hakam agama Islam serta pantang
larang nenek moyang. Dr Mahathir menganggap penting
masyarakat Melayu berubah kepada cara hidup yang
liberal untuk mencapai matlamat Wawasan 2020.
Ke arah mencapai masyarakat liberal yang serba boleh
itu UMNO telah membenarkan, antara lainnya, diimport
bermacam jenis “yellow culture” dari Barat termasuklah
mengalakkan kedatangan kumpulan-kumpulan artiste dari
Barat yang berahlak tidak senonoh. Muzik dan
artiste-artiste diberi taraf dan kedudukan yang tinggi
dalam masyarakat sementara para ulamak dan agama Islam
diperlekehkan.
Muzik yang menyeronokkan adalah punca wujudnya gejala
Black Metal dan seumpamanya, dan bukannya
sekolah-sekolah agama Islam. Gejala Black Metal ini
lahir, bertunas dan merebak dari muzik, iaitu dari
konsert oleh artiste-artiste, disko, dangdut, karaoke
dan lain-lain jenis hiburan yang menyeronok dan
melalaikan. Ini dia puncanya, dan bukannya sekolah
agama Islam.
Radio Islam anjuran IKIM yang turut memainkan
lagu-lagu artiste popular perlulah menghentikannya.
Bukankah ada jenis-jenis muzik yang haram di sisi
Islam. Difahamkan Radio Islam menyiarkan lagu-lagu
untuk mengelirukan umat Islam, iaitu untuk memberi
gambaran tidak betul kononnya tidak ada sebarang
larangan dalam Islam terhadap muzik dan hiburan. Ada
khabar-khabar angin kononnya beberapa pihak atasan
IKIM menerima 'habuan' dari syarikat-syarikat muzik.
Entahlah. Tetpai mungkin juga kalau BPR siasat
khabar-khabar angin ini.
Dengan pendedahan gejala Black Metal diharap IKIM akan
insaf dan menghentikan menyiar lagu-lagu nyanyian
artiste-artiste popular seperti Siti Nurhaliza dan
Erra Fazira dalam siaran Radio Islam.
Puteri UMNO yang juga menggunakan muzik dan hiburan
untuk memikat ahli-ahli baru juga diharap akan
menguggurkan kaedah ini untuk mendapatkan ahli-ahli.
Bukankah Black Metal menggunakan muzik yang
menyeronokkan untuk memikat muda mudi Islam ke jalan
yang sesat?
Semoga Allah SWT gagalkan usaha gigih UMNO untuk
memburuk-burukkan imej Islam dan juga menggagalkan
usaha gigih UMNO untuk menyesatkan orang-orang Islam.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
1 Jamadilawal, 1422
(22 Julai, 2001)