Assalamualaikum wm wbt,
Kerjasama memerangi kebangkitan Islam semasa lawatan Megawati ke Malaysia, 24 -25 Ogos, 2001.
Presiden Indonesia yang baru dilantik, Megawati akan
membuat lawatan rasmi ke Malaysia pada 24 dan 25 Ogos,
2001 ini. Mengikut sumber-sumber tertentu, antara
perkara yang akan dibangkitkan nanti adalah kerjasama
Malaysia-Indonesia dalam memerangi, membanteras dan
memusnahkan wabak arus kebangkitan Islam di kedua buah
negara (dan juga di Filipina dan Selatan Thailand).
Dikatakan Malaysia akan diminta bekerjasama dalam
menghapuskan para mujahideen Islam yang berjuang untuk
kemerdekaan Aceh yang selama ini telah menggunakan
Malaysia sebagai saluran untuk menyeludup masuk
senjata dan sebagai tempat untuk lari bersembunyi.
Indonesia pula akan menangkap aktivis-aktivis Islam
Malaysia (iaitu pemimpin-pemimpin PAS) dan menyerahkan
aktivis-aktivis Islam itu kepada Polis Malaysia jika
mereka cuba melarikan diri untuk bersembunyi di
Indonesia.
Kerjasama yang dicadangkan itu yang dicadangkan itu
mengkategorikan kebangkitan Islam sebagai suatu wabak
penyakit sosial yang perlu diperangi. Ianya akan
dibangkitkan di pertemuan ‘four-eyed’, iaitu pertemuan
tertutup antara hanya Megawati dan Dr Mahathir dengan
tidak melibatkan lain-lain Menteri atau pegawai dari
kedua pihak.
Kepimpinan Jakarta melihat Dr Mahathir dan parti UMNO
sebagai anti Islam. Dr Mahathir dan UMNO bukan sahaja
takut dengan kebangkitan Islam yang sedang berlaku di
Malaysia tetapi turut khuatir dengan kebangkitan Islam
di negara-negara jiran dan mana sahaja di bumi Allah
ini. Memang benar Kuala Lumpur membantu secara
senyap-senyap perjuangan Islam di Mindanao, tetapi
bantuan Kuala Lumpur itu dilihat oleh Jakarta sebagai
bukan untuk Islam tetapi untuk memastikan Manila
terlalu sibuk dan dengan itu terpaksa mengenepikan
buat sementara waktu isu tuntutan Filipina ke atas
Sabah. Penghantaran tentera Malaysia ke Bosnia juga
dikira tidak ikhlas dan lebih untuk memperolehi
senjata tertentu dari Britain dan lain-lain negara
ahli Bangsa Bangsa Bersatu. Perubahan sikap rejim Dr
Mahathir terhadap Iraq dari menyokong sekatan ekonomi
kepada mengesa sekatan tersebut ditarik balik juga
bukan atas semangat simpati terhadap negara Islam yang
ditindas tetapi adalah semata-mata untuk meraih
kepulangan ekonomi darinya.
Jakarta juga melihat Dr. Mahathir dan UMNO sebagai
golongan opportunis yang sanggup memajukan aspek-aspek
perkembangan Islam di dalam negara sendiri yang ada
potensi keuntungan kewangan atau kepulangan ekonomi
seperti urusan Tabung Haji, pungutan zakat dan
pembinaan masjid-masjid (yang mendatangkan keuntungan
besar kepada syarikat-syarikat di sektor pembinaan).
Memandangkan sikap sebenar Dr Mahathir dan UMNO itu
adalah anti islam, maka Jakarta menganggap cara yang
mudah untuk mengambil hati Dr Mahathir adalah dengan
menyuarakan sokongan terhadap usaha Dr Mahathir dan
UMNO dalam memerangi arus kebangkitan Islam di
Malaysia dan mencadangkan kerjsama serantau dalam
memerangi 'wabak penyakit' tersebut . Kebetulan pula
Jakarta mempunyai kepentingan yang sehaluan yang
saling melengkapi dengan pendirian anti Islam Kuala
Lumpur. Indonesia dengan masalah Acehnya, dan Malaysia
dengan masalah kebangkitan Islamnya.
Perlu ditegaskan bahawa agama Islam itu bagi Dr
Mahathir serta UMNO, dan bagi Megawati serta
juak-juaknya adalah masalah. Kebangkitan Islam
dianggap oleh Kuala Lumpur dan Jakarta sebagai 'wabak
penyakit sosial' yang jika tidak diperangi akan
menjadikan Malaysia dan Indonesia bagaikan pesakit
kusta yang akan dijauhi oleh Kristian Barat.Yang
mengerunkan lagi adalah prospek kehilangan kuasa
kepada golongan pejuang-pejuang Islam.
Seperti dengan Presiden Arroyo, tujuan utama
kedatangan Megawati ke Kuala Lumpur adalah untuk
memperkukuhkan pengiktirafan antarabangsa, terutamanya
dari negara-negara jiran, terhadap kedudukan beliau
sebagai Presiden Indonesia setelah berjaya
mengulingkan Gus Dur. Difahamkan bahawa Megawati ingin
mengambil pendekatan untuk menjalin hubungan peribadi
(personal rapport) yang erat dengan Dr Mahathir, iaitu
berbedza dengan Suharto dan Gus Dur yang tidak sebulu
dan sehaluan dengan Dr Mahathir. Maka dalam
perhitungan Jakarta cadangan kerjasama untuk memerangi
arus kebangkitan Islam di bumi Allah ini dijangka cara
yang mudah untuk mengambil hati Dr Mahathir dan UMNO.
Tambah pula Indonesia juga inginkan bantuan Malaysia
dalam memerangi pejuang Islam di Aceh yang menggunakan
Malaysia sebagai tempat berselindung dan saluran
menyeludup masuk senjata ke Aceh.
Kerjasama dua hala untuk menentang arus kebangkitan
Islam ini mungkin akan diselindungkan sebagai
kerjasama memerangi ‘golongan ekstremis dan
pengganas-pengganas Islam” (Islamic extremism and
terrorism). Ini bermakna Kuala Lumpur dan Jakarta
sudah sehaluan dengan Kristian Barat dalam
mentakrifkan semua perjuangan jihad para Mujahideen
untuk mempertahankan umat Islam dari dianiayai dan
dibunuh sewenang-wenangnya oleh pihak kafir di
sesetengah tempat di dunia, dan juga semua perjuangan
untuk menegakan syariat Allah sebagai ‘Islamic
terrorism’ dan bukannya jihad yang dituntut oleh Allah
SWT dari kita umat Islam.
Pendirian bersama Mahathir-Megawati dalam menentang
arus kebangkitan Islam itu juga bertujuan untuk
memikat hati Presiden Bush dan lain-lain pemimpin
Kristian Barat dan Yahudi.
Syarikat-syarikat kewangan yang besar-besar di dunia
yang hampir kesemuanya dimilikki oleh orang Yahudi
dijangka akan turut berasa senang hati terhadap
Mahathir dan Megawati dan dengan demikian mereka tidak
akan begitu liat dalam menghulurkan pinjaman kewangan
walau pun kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia
hampir-hampir bankrupt. (Menurut sesetengah
penganalisa ekonomi dari kem Dr Mahathir sendiri,
Malaysia sebenarnya sudah bankrupt dan kini survive
dengan re-scheduled loans dan pinjaman-pinjaman baru).
Dalam dua tiga minggu ini rejim Dr Mahahtir telah
meningkatkan ‘Islam bashing’ (memperlekeh dan
membelasah Islam supaya Islam itu dilihat sesuatu yang
jijik dan juga yang digeruni). Telah dihebohkan
kononnya wujud Kumpulan Mujahideen Malaysia (KMM), dan
seterusnya telah ditangkap dibawah ISA 10 orang
aktivis PAS. Langkah ini semua bukan sahaja bertujuan
untuk mematahkan arus kebangkitan Islam disamping
menakut-nakutkan orang kafir di negara ini terhadap
agama Islam, tetapi ianya juga bertujuan untuk
mendapatkan perhatian dan sokongan serta bantuan
Amerika Syarikat, Kristian Barat dan puak-puak Yahudi
kepada negara ini yang bankrupt.
Malah antara ‘signal’ kepada Washington untuk
mendapatkan pertemuan di antara Dr Mahathir dengan
Presiden Bush adalah - jika Amerika Syarikat tidak
membantu dan membiarkan kedudukan ekonomi Malaysia
yang sudah teruk kian meruncing, maka golongan
ekstremis Islam, terutamanya parti PAS, mungkin akan
dapat mengambil alih kuasa, dan jika golongan
ekstremis Islam ini mengambil alih kuasa di Malaysia
ianya akan bermakna Amerika Syarikat dan Kristian
Barat serta golongan Yahudi akan kehilangan rakan
setia di rantau ini.
(Baru saya terima maklumat melalui e-mail dari rakan
di Jakarta kononnya ada kaitan lawatan Megawati ke
Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Ogos 2001 ini dengan kes
seorang rakyat Malaysia, Taufik Abdul Halim, yang
dikatakan pengganas Islam yang dituduh terlibat dalam
peristiwa pengeboman Atrium Mall di Jakarta pada 1
Ogos. Kononnya peristiwa penangkapan Taufik oleh Polis
Jakarta sesuatu yang ‘stage-managed’. Ianya untuk
membantu dalam menjustifikasikan tindakan rejim Dr
Mahathir untuk memberkas "Kumpulan Mujahideden
Malaysia”. Langkah Jakarta ini dikira akan memastikan
kemesraan antara Megawati dan Dr Mahathir akan sudah
sedia terjalin sebelum Megawati mengorak langkah untuk
datang ke Kuala Lumpur. Entahlah. Allahu’alam).
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
Ahad 29 Jamadilawal 1422
19 Ogos 2001.