Assalamualaikum wm wbt.,
Kemerdekaan tidak diperjuangkan tetapi diberi oleh British.
Saya tidak dapat menahan ketawa mendengar beberapa
temubual di TV7 pada hari ulangtahun menyambut 31
Ogos. Cuba diberi gambaran kononnya kemerdekaan
dicapai dengan pengorbanan jiwa dan harta. Ini
gambaran palsu. Kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos, 1957
sebenarnya dicapai dengan mudah tanpa setitik
pertumpahan darah kerana sebaik sahaja tamat Perang
Dunia Kedua, Britain telah melancarkan dasar
memerdekarkan semua tanah jajahannya, termasuk Malaya.
Sememangnya kita patut bersyukur kemerdekaan
diperolehi tanpa perlu pertumpahan darah. Mengapa pula
kita hendak berbohong kononnya datok nenek kita
berkorban jiwa raga untuk mencapai kemerdekaan. Fakta
sejarah menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak
perlu langsung berjuang untuk kemerdekaan yang sudah
pun pasti akan diberi itu. Malah majoriti datok nenek
moyang kita tidak yakin kepada kemerdekaan dan lebih
suka untuk terus berada di bawah penjajahan British.
Maka yang telah diperjuangkan oleh Dato Onn Jaafar
ketika itu lebih kepada berkempen untuk memujuk orang
Melayu supaya menerima kemerdekaan yang hendak
diberikan oleh British itu.
Saya tahu benar mengenai keengganan orang Melayu untuk
menerima kemerdekaan. Allahyarham bapa saya merupakan
antara ‘orang kanan’ kepada Allahyarham Dato Onn
Jaafar. Sebagai antara segelintir dikalangan orang
Melayu pada masa itu yang ‘english educated’ bapa saya
telah diheret bersama oleh Dato Onn Jaafar.
Memang ada sedikit kegeseran dengan British tetapi
ianya adalah perbedzaan konsep dan format kemerdekaan
yang hendak diberikan itu. Pihak British mencadangkan
Malayan Union, tetapi orang Melayu mahukan sebuah
persekutuan yang menjamin status raja-raja Melayu
serta menjamin kedudukan serta hak keistimewaan Melayu
sebagai bangsa asal atau bumiputra.
Malayan Union berjaya dijadikan ‘rallying point’ untuk
berkempen memujuk orang Melayu supaya menerima
kemerdekaan disamping membangkitkan semangat.Malah ada
maklumat sejarah yang mengatakan Malayan Union adalah
isu yang sengaja diujudkan oleh British dan
pemimpin-pemimpin Melayu untuk membakar semangat orang
Melayu yang enggan merdeka itu.
UMNO lahir di sekitar kempen membantah Malayan Union.
Ada maklumat sejarah yang menyatakan UMNO ditubuhkan
dibawah naungan British. UMNO telah berjaya
mengerakkan orang-orang Melayu untuk berdemonstrasi
secara aman membantah Malayan Union.
Perundingan kemerdekaan yang seterusnya diadakan telah
dengan mudah mencapai penyelesaian apabila prinsip
‘jus soli’ diterima oleh pemimpin-pemimpin Melayu dari
UMNO. Prinsip ‘jos soli’ ini memberi kerakyatan kepada
kaum mendatang, Cina dan India, dan sebagai gantirugi
kepada orang Melayu, jaminan dibawah perlembagaan
diberi yang menjamin status dan kedudukan raja-raja
Melayu serta kedudukan istimewa orang orang Melayu
sebagai bumiputra. ( Citizenship for the migrant
Chinese and Indian communities in exchange for a
constitutional guarantee of the status of the Malay
rulers as well as Malay special position and rights).
[Harus diingat bahawa quota kemasukkan orang Melayu ke
dalam institusi pengajian tinggi adalah antara hak
istimewa kita sebagai bumiputra yang sudah
dipersetujui dalam perjanjian kemerdekaan dahulu. Kaum
Cina dan India diberi kerakyatan dengan kita diberi
hak-hak istimewa tersebut. Oleh yang demikian jika Dr
Mahathir dan UMNO-BN mahu menghapuskan kuota Melayu,
maka kita orang-orang Melayu boleh menuntut ditarik
balik kerakyatan kaum Cina dan India].
Sebenarnya fakta sejarah mendedahkan bahawa orang
Melayu bukan jenis yang suka berperang. Tentera
ke-Sultanan Melayu Melaka hanya sanggup bertahan
beberapa hari dari serangan Portugis sebelum menyerah
kalah dan lari lintang pukang ke negeri-negeri yang
lain. Orang Melayu juga takut memerangi kedatangan
penjajah British. Malah British telah dipelawa masuk
dengan permaidani merah. Orang Melayu juga tidak
menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.
Orang Melayu juga menyerahkan kepada tentera British,
Australia, New Zealand dan Ghurka untuk menghapuskan
ancaman ‘komunis’ semasa zaman Emergency (dharurat)
dahulu.
Perlu ditegaskan disini bahawa bangsa Melayu bukannya
pengecut tetapi adalah bangsa yang tidak suka
berperang. Kemerdekaan negara pun dicapai dengan
dielak apa jua cara yang boleh membawa kepada
pertemporan darah dengan pihak British. Bukan bermakna
orang melayu pengecut, tetapi bangsa Melayu bukan
jenis militant. Ciri-ciri militancy tidak ada dalam
jiwa orang Melayu. Oleh demikian tuduhan kononnya
wujud Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang
seterusnya diubah kepada Kumpulan Militant Malaysia
adalah sandiwara UMNO-BN sahaja untuk memulakan
tindakan menghapuskan PAS dan menyekat arus
kebangkitan Islam di negara ini.
Ingin diberi amaran kepada Dr Mahathir dan UMNO-BN
agar jangan keterlaluan sangat dalam
sewenang-wenangnya memperlekeh, menghina dan
memburuk-burukkan Islam. Hentikanlah kegigihan yang
dilakukan sekarang ini dalam membelasah Islam. Hari
ini 31 Ogos, 2001 Dr Mahathir dalam ucapan menyambut
ulangtahun ‘kemerdekaan’ telah melaung-laungkan kepada
seluruh dunia bahawa negara ini sarang Islamic
terrorists. Awas kerana tidak kurang orang di Barat
yang akan memutarbelitkan isu ini dan mengecap semua
orang Melayu sebagai pengganas seperti yang mereka
lakukan terhadap orang Arab. Apa faedahnya kepada UMNO
bila masyarakat dunia memusuhi orang Melayu sebagai
Islamic terrorists?
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
12 Jamadilakhir 1422
31 Ogos, 2001.