Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Implikasi mengecap Malaysia sarang “Islamic Terrorism”

Assalamualaikum,

Implikasi mengecap Malaysia sarang “Islamic Terrorism”

Dalam ucapan hari “merdeka” pada 31 Ogos, 2001 Dr Mahathir berbohong kononnya Malaysia adalah sarang terbaru kumpulan pengganas-pengganas militant Islam (Islamic terrorists), dan sehari kemudiannya beliau menyusuli dengan dakwaan kononnya wujud pakatan antara “Kumpulan Mujahideen Malaysia’ (KMM) yang beliau reka-rekakan itu dengan kumpulan militant Islam di Indonesia dan Filipina untuk merampas kuasa di ketiga-tiga negara. Dr Mahathir dan UMNO-BN sebenarnya menjalankan arahan Barat dan Yahudi. Supaya tidak kelihatan UMNO-BN sebenarnya adalah di bawah telunjuk Barat, maka telah diada-adakan kegeseran dengan Bush baru-baru ini. Presiden Amerika Syarikat itu telah menolak pertemuan dengan Dr Mahathir yang memberi gambaran palsu bahawa Dr Mahathir bukan ejen Barat dan yahudi. Kini sudah juga terjawab kenapa telah diadakan pada bulan Julai lalu latihan ketenteraan bersama dengan Amerika Syarikat di Melaka. Jelas kerajaan UMNO-BN secara senyap-senyap sedang berpakat dengan Barat dan Yahudi untuk cuba menghalang kebangkitan semula Islam dari Timur seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Lebih kurang seminggu yang lepas semasa lawatan Presiden Megawati ke Malaysia pada 27 dan 28 Ogos, 2001, ajenda teratas perbincangan antara Dr Mahathir dan Megawati seperti yang telah dijangkakan adalah mengecap perjuangan untuk menubuh negara Islam sebagai Islamic terrorism yang memerlukan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia untuk menanganinya.

Perlu kita ingat kembali bahawa selepas runtuhnya Soviet Union pada akhir tahun 80an, Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George Bush, telah menyatakan bahawa dengan terhapusnya ancaman komunis maka musuh baru Barat yang perlu ditangani adalah Islam. Kini anak George Bush pula menjadi Presiden Amerika Syarikat dan sudah pasti akan meneruskan dasar menangani kebangkitan Islam (policy on the containment of Islamic revival) yang dipelupori bapanya. Jelas dari tindak tanduk UMNO-BN dikebelakangan ini dalam membelasah dan memburuk-burukkan Islam adalah untuk terus identifikasikan diri dengan dasar Amerika Syarikat tersebut.

Strategi membelasah Islam merupakan ajenda UMNO-BN untuk meraih simpati dan bantuan Barat. Kerajaan UMNO-BN di Kuala Lumpur ingin memberi isyarat kepada Barat bahawa Kuala Lumpur turut mendokong dasar “containment of Islamic revival,” dan dengan demikian Barat seharusnya membantu UMNO-BN untuk kekal berkuasa. Antara bantuan Barat yang hendak diperolehi yang dijangka akan dapat mengukuhkan kuasa UMNO-BN adalah bagi Barat untuk mengekalkan pelaburan tetap yang sedia ada di Malaysia dan jangan dipindahkan ke China, Thailand atau Vietnam.

Diketahui kerajaan UMNO-BN telah memberitahu Barat bahawa mengekalkan investment mereka di Malaysia akan memberi Barat sebab musabab untuk menghantar tentera jika Malaysia jatuh ke tangan BA yang diterajui PAS itu atas alasan hendak melindungi kepentingan pelaburan dan perdagangan Barat. Dr Mahathir dan UMNO-BN berharap Barat akan bertindak sama seperti yang dilakukan Peranchis di Algeria. Di Algeria, tentera Peranchis telah menceroboh masuk dan menyekat parti Islam yang memenangi pilihanraya dari menubuh kerajaan baru.

Buat pertama kalinya kerajaan UMNO-BN telah dengan sengaja mengundang pablisiti yang buruk terhadap Malaysia dengan memberi gambaran palsu kononnya Malaysia adalah sarang terbaru Islamic terrorism di dunia. UMNO-BN berharap ini akan mengerak Barat untuk membantu UMNO-BN dalam memastikan Malaysia tidak akan jatuh ke tangan Islam.

Kerajaan UMNO-BN yang menghidu kekalahan ingin memberi gambaran kepada dunia bahawa jika BA memenangi pilihanraya nanti, maka BA yang diterajui oleh PAS akan dikuasai oleh Islamic terrorists; dan dasar Malaysia terhadap Barat akan mirip dasar luar Libya. Dengan menakut-nakutkan dunia bahawa Malaysia adalah sarang terbaru Islamic terrorism, kerajaan UMNO-BN juga ingin memastikan kerajaan BA yang diterajui PAS tidak akan mendapat restu Barat sebagai pemerintah baru bagi negara ini. PAS sudah lama agak percaturan UMNO-BN yang jahat ini, dan itulah sebabnya PAS berulangkali telah menegaskan kesanggupan untuk menyerahkan tanggungjawab menerajui BA kepada parti BA yang lain.

Kalau dilihat, banyak sekali perancangan dan tindak tanduk Dr Mahathir dan UMNO yang jelas adalah anti Islam. Contoh terbaru adalah kenyataan Dr Mahathir untuk memberi jawatan-jawatan tinggi kepada wanita atas alasan berkelulusan lebih tinggi. Orang-orang yang dekat dengan Dr Mahathir mendedahkan bahawa Dr Mahathir mempunyai dua matlamat. Pertamanya, Dr Mahathir bertujuan untuk memperlekeh dan menidakkan ayat Al Quran yang menghukum bahawa wanita tidak boleh memimpin lelaki. Dengan memberi wanita jawatan-jawatan tinggi itu maka Dr Mahathir berharap akan timbullah keraguan dikalangan orang Melayu yang lemah keimanan terhadap kesahihan agama Islam sebagai agama yang datangnya dari tuhan. Matlamat Dr Mahathir yang keduanya adalah agar isu kepimpinan wanita ini akan menjadi isu yang hangat dengan campurtangan luar (kumpulan feminists) sekiranya Islam berjaya memerintah negara ini nanti.

Dr Mahathir lupa kepada Hadith yang menyatakan jika urusan lelaki itu diserahkan kepada wanita maka adalah lebih baik bagi kaum lelaki untuk berada dibawah bumi (iaitu dimatikan). Ada sesetengah tafsiran kepada Hadith ini yang berpendapat kaum lelaki akan dimatikan melalui pertemporan darah. Maka timbul pertanyaan adakah tindakan Dr Mahathir hendak memberi jawatan-jawatan tinggi kepada wanita merupakan tanda akan berlaku pertemporan darah yang dahsyat di Malaysia ini tidak berapa lama lagi? Alllahu’alam.

Kalau dikaji, banyak betul perancangan dan tindak-tanduk Dr Mahathir dan UMNO yang bertujuan untuk memastikan kebangkitan semula Islam dari Timur seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW tidak akan berlaku. Memandangkan Barat juga sangat paranoid dengan Hadith tersebut, maka timbul pertanyaan samada Dr Mahathir dan UMNO sebenarnya adalah talibarut Barat dalam memerangi kebangkitan Islam tersebut. Dr Mahathir dan UMNO merancang tetapi Allah SWT juga merancang dan perancangan Allah SWT adalah yang sebaik-baiknya. Kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi kepada Dr Mahathir dan UMNO yang terlalu sangat mengkhianati Islam itu.

Implikasi immediate dari pembohongan Dr Mahathir kononnya Malaysia adalah sarang terbaru kumpulan pengganas Islam adalah menambahkan lagi ketakutan orang bukan Islam di negara ini kepada agama Islam. Orang bukan Islam yang kelihatan baru hendak berjinak-jinak dengan Islam akan menjauhkan diri dari Islam.

UMNO-BN mesti hentikan segera ajenda jahatnya yang mengajak dunia untuk mengecap arus kebangkitan Islam dikalangan majoriti orang Melayu sebagai ‘Islamic terrorism.’ Perbuatan UMNO ini memberi ruang kepada masyarakat dunia, terutamanya Barat, untuk memusuhi bangsa Melayu. UMNO-BN sungguh biadap apabila mengecap kebangkitan Islam sebagai ‘terrorism’. Juga adalah sungguh tidak patut dikaitkan orang Melayu yang tidak suka berperang itu dengan ‘terrorism’.

UMNO-BN mesti hentikan membelasah Islam. Walau pun Melayu bukan jenis berjiwa militant, tetapi sejarah membuktikan bila agama Islam mereka diperlekeh dan dibelasah dengan teruknya, maka orang Melayu boleh mengamuk. Ramai nanti kepala-kepala orang UMNO-BN akan dibelasah hingga berkecai dan bersepai isi otak. STOP ISLAM BASHING OR MANY HEADS OF UMNO-BN MEMBERS AND EVEN THE INNOCENT WILL GET BASHED.

Kebetulannya saya ada di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Dato Haron Idris di Princes’ Road (Jalan Raja Muda) Kampong Bharu pada petang tercetusnya Mei 13 1969. Ramai orang Melayu telah berkumpul di rumah Dato Haron selepas kaum Cina dan India menunjukkan kurang ajar mereka terhadap orang Melayu. Parti Gerakan yang diketuai Dr Tan Chee Koon dan DAP yang memenangi banyak kerusi di pilihanraya 1969 telah mengadakan perarakan kemenangan (Victory Parade) dengan membawa penyapu besar untuk menyapu orang Melayu balik ke dalam hutan.

Setelah berkumpul di rumah Dato Haron, orang Melayu (yang dihasut oleh Dr Mahathir untuk membunuh Cina dan India itu) masih dapat bersabar walau pun Cina mengarakkan penyapu besar hendak “Sweep the Malays back into the Jungle”. Tetapi kesabaran orang Melayu hilang pada petang Mei 13 1969 apabila tiba khabar bahawa sebuah masjid di Sentul telah dilempar dengan najis oleh orang India. Mendengar masjid telah dicemari itu telah membuat orang-orang Melayu yang berkumpul di rumah Dato Haron hilang kesabaran. Apa yang berlaku seterusnya, iaitu peristiwa pertemporan darah antara kaum, Mei 13 1969, sudah pun banyak tercatit dan diceritakan.

Saya mengungkit kembali peristiwa Mei 13, 1969 untuk menunjukkan walau pun orang Melayu itu bangsa yang lemah lembut dan tidak militant, tetapi bila agama Islam mereka dicemarkan secara keterlaluan, orang Melayu akan mengamuk. Maka Dr. Mahathir serta UMNO-BN perlu hentikan ‘Islam bashing’ yang semakin berketerlaluan itu. Kalau tidak dihentikan saya takut nanti kepala Dr. Mahathir dan ramai kepala orang-orang UMNO-BN akan dibelasah oleh orang Melayu hingga bersepai isi otak.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi

16 Jamadilakhir 1422
4 September, 2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 4 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com