Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


‘Gestapo’ Polis-UMNO nak bunuh aktivis-aktivis pembangkang ???

Assalamualaikum wm wbt,

‘Gestapo’ Polis-UMNO nak bunuh aktivis-aktivis pembangkang ???

Hari ini, Isnin, 10 September, 2001 saorang kenalan dari parti UMNO telah menasihatkan saya agar melakukan persiapan yang perlu kerana mungkin aktivis-aktivis PAS dan Keadilan akan dibunuh ala ‘gestapo’ oleh pihak polis yang akan berganding bahu dengan samseng gerak gempur UMNO.

“You punya property, bank account, insurance, hutang…semuanya kena bagi tahu you punya bini,”kata kenalan UMNO itu. “Manalah tahu kot-kot info yang I dapat ni ada asas.“ Menurut beliau semua aktivis PAS dan parti Keadilan di seluruh pelusuk semenanjung sudah dikenalpasti oleh pihak polis, dan bila kekecohan sengaja dicetuskan nanti, aktivis-aktivis pembangkang yang sudah dikenalpasti itu akan diserbu di mana sahaja mereka berada dan dibunuh.

“Semua dah diatur, hanya tunggu bila nak teruskan,” kata kenalan UMNO itu lagi. “You baik-baik sikit. I rasa you ni on the list.”

Beliau seterusnya menasihatkan saya agar jangan lupa mengucap dan meminta perlindungan Allah SWT bila saya hendak kemana-mana dan bila hendak tidur kerana mungkin pembunuhan dilakukan secara serangan hendap. Sekurang-kurangnya saya sudah mengucap sebelum melangkah keluar dari rumah, dan jika saya dibunuh ketika sedang tidur saya sudah mengucap sebelum terlena. Serius betul dia hingga menasihatkan saya selalu mengucap agar ‘tak mati katak’.

Ha ha, rupa-rupanya Dr. Mahathir dan UMNO-BN sudah pun ada rancangan hendak membunuh pihak lawan ala gestapo Hitler.

Seram sejuk juga rasa badan mendengarnya kerana ada beberapa kali di masa yang lepas kenalan dari UMNO ini memberi maklumat yang telah menjadi kenyataan. Kenalan dari UMNO ini macam ‘adik-beradik’ dengan saya kerana sewaktu kami bujang dahulu kami berkongsi menyewa rumah. Malah saya yang kenalkan dia dengan isterinya.

Saya cuba membayangkan senario yang akan berlaku. Mungkin senarionya seperti berikut. Polis dan samseng upahan UMNO-BN akan mencetuskan kekecohan. Dalam masa kekecohan itu berlaku mereka akan mencari ahli-ahli PAS dan Keadilan yang sudah dikenalpasti itu untuk dicap sebagai ahli kumpulan militant Islam lalu dibunuh.

Terbayang pula bagaimana serangan terhadap saya akan dibuat. Mungkin mereka akan pecah masuk ke dalam rumah saya waktu malam dan membunuh saya dan keluarga saya. Dan mereka akan menghebohkan kononnya mereka telah menjumpai hand grenade, rocket launcher, senapang M-16, pistol, pedang samurai dan pisau rambo, keris, dan bahan letupan di rumah saya. Mungkin juga saya diserang dan dibunuh di dalam bilik pejabat. Entahlah.

Apa pun bentuk serangan mereka itu, jika sempat lawan saya pasti akan melawan mereka. Harap-harapnya saya akan sempat melawan dan dapat pula menumbangkan saorang dua dari pihak yang menyerang itu sebelum saya ditembak mati. Tapi kalau ditembak ‘on sight’ atau secara serang hendap tak dapatlah saya berbuat apa-apa.

Kenalan dari UMNO itu pada mulanya ingin bertemu saya untuk bertukar maklumat mengenai kegiatan Bank Negara yang disyakki telah kebelakangan ini mencetak duit tanpa sandaran. Beliau bimbang duit beberapa juta ringgit yang beliau simpan di bank di tanah air akan hilang nilainya dengan teruknya. Jika benar Bank Negara sedang cetak ‘duit Jepun’ ini bermakna nilai ringgit pasti akan jatuh dan inflasi akan meningkat secara mendadak. Barang-barang yang pada masa sekarang berharga seringgit mungkin akan naik melambung menjadi empat atau lima ringgit.

Saya dan kenalan dari UMNO itu tidak menyentuh sangat mengenai cerita ‘duit Jepun’ Bank Negara itu. Perbualan kami lebih bertumpu kepada rancangan polis dan UMNO-BN untuk membunuh aktivis-aktivis PAS dan Keadilan dengan mengunakkan cara yang pernah digunakan oleh Hitler dahulu.

Samada maklumat yang disampaikan itu betul atau sebaliknya, saya berpendapat adalah wajar bagi aktivis-aktivis pembangkang untuk berhati-hati. Nampaknya pemimpin-pemimpin PAS dan Keadilan tidak akan disentuh kerana sasaran adalah aktivis-aktivis yang merupakan pengerak di peringkat ‘grass roots’.

Mungkin juga elok, sebagai ‘pre-emptive move,’ jika pemimpin PAS dan Keadilan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyeru kepada UMNO-BN dan polis agar jangan melaksanakan rancangan jahat mereka untuk membunuh aktivis-aktivis pembangkang dengan cara yang pernah digunakan oleh Hitler itu. Mungkin kenyataan-kenyataan seumpama itu boleh merencatkan rancangan jahat UMNO-BN dan polis tersebut.

Saya kira adalah penting bagi semua orang PAS dan Keadilan untuk membuat apa-apa persediaan yang patut untuk menghadapi segala kemungkinan. Jangan kita nanti diserempak oleh musuh dalam keadaan kita lalai dan tidak bersedia. Habis kita nanti. “Don’t get caught off guard.” Ingatlah dibawah konsep “Malaysia Boleh” kita orang-orang pembangkang boleh dituduh tanpa apa bukti pun sebagai ‘Islamic terrorists’ lalu disembelih. Jangan kita terlalu dayus dan berfikir “tak mungkin UMNO-BN sekejam itu.”

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi

22 Jamadilakhir 1422
10 September 2001.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com