Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bush ziarah masjid sebelum bunuh orang Islam yang tak bersalah di Afghanistan

Assalamualaikum wm wbt,

Bush ziarah masjid sebelum bunuh orang Islam yang tak bersalah di Afghanistan

Sebelum menghantar tentera Amerika Syarikat pergi membunuh orang Islam di Afghanistan yang tidak bersalah, Presiden Bush telah melawat sebuah masjid di negaranya. Nampak sangat Bush cuba mengabui mata orang Islam dan cuba menutup niat jahat beliau untuk membunuh orang Islam di Afghanistan yang tidak bersalah itu. Orang Islam jangan terpedaya dengan Bush kerana sudah berulangkali kita menyaksikan Amerika Syarikat telah menyerang sasaran-sasaran di negara-negara Islam semata-mata atas syak wasangka dan tuduhan melulu yang tidak berasas. Kali ini Amerika Syarikat telah mensyakki Osama bin Laden terlibat dalam serangan ke atas World Trade Centre (WTC) di New York dan Pentagon maka keputusan diambil untuk menyerang Afghanistan jika negara Islam itu enggan menyerahkan Osama bin Laden. Jelas dasar Amerika Syarikat sebenarnya hendak menghapuskan orang Islam dari muka bumi ini secara baransur-ansur. Dan Amerika Syarikat yang licik itu selalunya memperalatkan “negara-negara Islam” dalam rancangannya untuk membunuh orang-orang Islam.

Ingin ditegaskan disini saya menentang keganasan. Tetapi saya juga menentang segala tindakan balas yang tidak berasaskan bukti-bukti yang kukuh. Saya menentang tindakan melulu yang hendak diambil oleh Amerika Syarikat, iaitu menyerang dan membunuh orang Islam di Afghanistan yang tidak bersalah. Dan saya membantah dengan keras dasar Amerika Syarikat dan Britain yang seringkali akan dengan melulu menuduh orang Islam setiap kali berlaku sesuatu keganasan. Lihatlah apa yang berlaku apabila sebuah bagunan di Oklahoma diletupkan beberapa tahun dahulu. Secara melulu pihak berkuasa Amerika Syarikat menuduh dan menangkap orang-orang Islam hinggakan saorang ulamak mati dalam tahanan reman. Akhirnya didapati pengeboman bagunan di Oklahoma tersebut dilakukan oleh Timothy Mcveigh, saorang rakyat Amerika Syarikat yang berkulit putih.

Kita semua begitu familiar dengan sekatan ekonomi PBB (yang didalangi Amerika Syarikat dan Britain) ke atas Iraq yang telah membunuh puluhan ribu kanak-kanak Islam di Iraq akibat kekurangan makanan dan ubatan. Kita telah menyaksikan serangan udara ke atas Irag oleh Amerika Syarikat dan Britain dilancarkan berulangkali yang telah membunuh ramai rakyat Iraq yang tidak bersalah. Kita telah menyaksikan setiap kali Iraq memenuhi tuntutan PBB pihak Amerika Syarikat dan Britain akan kemukakan syarat-syarat dan tuntutan-tuntutan yang baru yang perlu dipenuhi oleh Iraq sebelum sekatan ekonomi boleh dimansuhkan. Dan jika Iraq bersikap liat dalam memenuhi tuntutan-tuntutan baru itu, maka Amerika Syarikat dan Britain akan melancarkan serangan udara ke atas Iraq. Keadaan sedemikian sudah menjadi routine.

Beberapa tahun dahulu Amerika Syarikat mengebom gudang ubat di Sudan semata-mata kerana mensyakki gudang ubat tersebut membuat senjata kimia. Ramai pekerja Islam terbunuh. Siasatan lanjut selepas pegeboman dilakukan telah membuktikan bahawa gudang ubat tersebut tidak terlibat sama-sekali dengan pembuatan senjata kimia seperti yang dituduh secara melulu oleh Amerika Syarikat.

Kita juga telah menyaksikan Amerika Syarikat mengebom kediaman Presiden Libya, Muamar Gadaffy kerana Libya enggan menyerahkan dua orang Arab yang disyakki terlibat dalam pengeboman pesawat Pan Am di Lockbie, Scotland. Ramai nyawa terkorban termasuk ahli keluarga Gaddaffy. Akhirnya setelah siasatan lanjut dilakukan pihak Amerika Syarikat dan Barat terpaksa mengakui bahawa salah saorang dari orang Arab yang dituduh itu sebenarnya tidak bersalah.

Presiden Bush jangan cuba mengabui pandangan orang Islam dengan membuat lawatan ke sebuah masjid sebelum menghantar tentera Amerika Syarikat pergi membunuh orang-orang Islam di Afghanistan yang tidak bersalah itu. Bush hentikan berlakun dan berpura-pura. Jangan ingat orang Islam bodoh dan akan mudah terpedaya. Orang Islam sudah lama sedar bahawa Amerika Syarikat punyai niat untuk menghapuskan orang Islam secara beransur-ansur. Kamu merancang wahai Bush, tetapi Allah SWT juga merancang. Ingatlah wahai Amerika Syarikat bahawa serangan ke atas Afghanistan itu akan merupakan suatu penganiayaan terhadap orang Islam di sana, dan tiada tabir antara doa’ orang yang dianiayai itu dengan Allah SWT. Tengoklah nanti apa akan jadi kepada Amerika Syarikat – lubok segala maksiat di dunia ini.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi

1 Rejab 1422
19 September 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com