Assalamualaikum wm wbt
‘Dajjal’ Amerika Syarikat berkata –“Bersama kami atau menentang kami”
“Samada bersama kami, atau menentang kami.” Begitulah
kata-kata ugutan Amerika Syarikat kepada seluruh dunia
selepas serangan ‘pengganas’ ke atas World Trade
Center (WTC) dan Pentagon pada September 11, 2001.
Sedarkah kita semua apa yang dikatakan oleh Amerika
Syarikat itu, dari segi maksudnya, sama dengan
kata-kata ugutan dajjal kepada dunia seperti yang
telah disabdakan oleh Rasulullah SAW. Adakah Amerika
Syarikat itu 'dajjal kecil' seperti yang dimaksudkan
oleh Hadith yang berkenaan? Dan seperti yang kita umat
Islam sudah pun diingatkan oleh Rasulullah SAW akan
terdapat ramai orang-orang munafik di kalangan kita
yang akan dengan cepat menyerahkan diri untuk menjadi
khadam dajjal bila ianya muncul. Nampak tak persamaan
dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Beberapa
pemimpin 'Islam' sudah pun dengan cepat menyebelahi
dajjal Amerika Syarikat itu dalam perancangannya untuk
membunuh orang Islam di Afghanistan yang tidak
bersalah itu. Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir
antara mereka yang telah dengan cepat menyuarakan
harapan agar dajjal Amerikat Syarikat itu akan
mempelawa Malaysia untuk menjadi khadamnya dalam usaha
membunuh orang Islam di Afghanistan.
Bukan sahaja kita boleh dengan senang melihat
persamaan antara Amerika Syarikat dengan dajjal,
tetapi kita juga boleh dengan jelas melihat persamaan
antara Amerika Syarikat dengan khadamnya kerajaan
UMNO-BN di rantau ini. Walau pun siasatan belum
dimulakan lagi, Amerika Syarikat melalui medianya
telah dengan melulu menuduh Osama bin Laden dan
Afghanistan sebagai bertanggungjawab terhadap serangan
ke atas WTC dan Pentagon itu. Amerika Syarikat tanpa
bukti kukuh dan semata-mata berdasarkan syak wasangka
sudah pun bersiap sedia untuk menyerang Afghanistan
yang tidak bersalah itu. Kerajaan UMNO-BN apa
kurangnya. Berdasarkan semata-mata syak wasangka atau
rekaan, kerajaan UMNO-BN akan menangkap dan menahan
rakyat yang tidak bersalah di bawah ISA.
Banyak betul persamaan antara tindak tanduk Amerika
Syarikat yang memenuhi ciri-ciri dajjal kecil itu
dengan tindak tanduk khadamnya UMNO-BN di negara kita
ini. Amerika Syarikat telah berhelah kononnya
kemerosotan ekonomi akan berlaku dan ramai pekerja
akan terpaksa dibuang kerja akibat dari serangan ke
WTC dan Pentagon walau pun seluruh dunia sudah ketahui
bahawa sebelum serangan tersebut ekonomi Amerika sudah
pun menjurus ke arah recession. Di Malaysia pada malam
ini 19 September, 2001 semua TV dalam berita perdana
melaporkan seramai lebih kurang 90,000 pekerja di
sektor pengeluaran akan terpaksa dibuang kerja akibat
dari serangan ke atas WTC dan Pentagon yang telah
menjejaskan ekonomi negara. Pandai betul kerajaan
UMNO-BN menipu rakyat.
Saya tergelak mendengar berita TV7 sebentar tadi.
Macamlah rakyat Malaysia ini terlalu bodoh. Rakyat
Malaysia sejak awal tahun 2001 ini lagi sudah pun
mengetahui bahawa seramai 40,000 pekerja bank akan
dibuang kerja dan seramai lebih kurang 120,000 orang
pekerja di sektor ekonomi yang lain akan juga dibuang
kerja pada penghujung tahun ini dan awal tahun 2002.
Malah ramai rakyat yang sudah menjangka mereka akan
kena retrench (buang kerja) sudah pun mula membuat
persiapan yang perlu. Serangan ke atas WTC dan
Pentagon tidak ada kena mengena langsung sebab
kemerosoatan ekonomi Malaysia telah menjadi bertambah
buruk sejak awal tahun ini lagi, dan Kementerian
Sumber Manusia Malaysia sudah pun beberapa bulan yang
lalu memberi kelulusan kepada syarikat-syarikat untuk
membuang lebih kurang 120,000 pekerja (tidak termasuk
pekerja bank seramai 40,000 yang juga akan dibuang
kerja). Saya ada menyebut mengenai pembuangan kerja
secara besar-besaran ini dalam satu dua artikel saya
beberapa bulan yang lalu.
Agak perlu kita semua beringat dan bersedia. Nampaknya
Amerika Syarikat adalah 'dajjal kecil' dan kerajaan
UMNO-BN adalah antara khadamnya. Maka tidak mustahil
kalau Amerika Syarikat dan UMNO-BN akan reka
tuduhan-tuduhan palsu kononnya pemimpin dan aktivis
PAS serta para ulamak di negara ini adalah pengganas
Islam. Jangan hairan kalau kita akan diburu nanti.
Bersedialah untuk menghadapi dajjal kecil Amerika
Syarikat dan khadamnya kerajaan UMNO-BN.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
1 Rejab 1422
19 September 2001