Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bush jelaskan musuh sebenar adalah Taliban

Assalamualaikum wm wbt,

Bush jelaskan musuh sebenar adalah Taliban

CNN dalam mengulas ucapan Presiden Bush kepada rakyat Amerika Syarikat (state of the nation address) pada 20 September, 2001 (21 September di Malaysia) telah berulangkali menegaskan musuh kepada seluruh dunia yang dimaksudkan oleh Bush bukannya orang Islam, bukannya orang Afghanistan, tetapi musuh yang dimaksudkan Bush itu adalah pengganas-pengganas dan kerajaan-kerajaan seperti Taliban yang bukan sahaja dituduh mendukung keganasan tetapi memerintah mengikut sistem yang bercanggah dengan prisip demokrasi dan prinsip peri kemanusiaan (yang dimaksudkan adalah sistem pemerintahan Islam dan hukum hudud).

Maka semakin jelas bahawa sistem pemerintahan dan perundangan Islam terutamanya pelaksanaan hukum hudud yang dikuatkuasakan oleh Taliban di Afghanistan itu yang sebenarnya dimusuhi oleh Presiden Bush dan Amerika Syarikat. Bush mengambil kesempatan dari serangan ke atas World Trade Center dan Pentagon untuk memerangi sistem pemerintahan Islam yang dilaksanakan oleh Taliban di Afghanistan. Dan untuk melaksanakan peperangan keatas sistem pemerintahan Islam di Afghanistan itu, Bush sudah pun berjaya dalam memperalatkan negara-negara Islam dengan menggunakan tipudaya bahawa kononnya yang diperangi adalah pengganas (terrorists). Mana sahaja negara yang tidak mahu bersama diancam "samada bersama kami, atau menentang kami".

Dalam ucapannya kepada negara tersebu, Presiden Bush juga menegaskan bahawa keputusan kerajaan Taliban menyuruh Osama bin Laden keluar dari Afghanistan tidak memenuhi tuntutan Amerika Syarikat. Bush berkata kalau pun Osama diserahkan ianya masih belum cukup lagi. Afghanistan kini perlu menyerahkan semua anggota kumpulan jihad dibawah Osama bin Laden. Afghanistan juga sekarang ini dituntut membenarkan tentera Amerika memasukki negara Islam tersebut untuk meyerang sarang-sarang pengganas (kumpulan jihad). Ini semuanya tambahan kepada tuntutan asal Amerika Syarikat ke atas Afghanistan dan sememangnya sudah dijangka.

Apa yang sedang dilakukan ke atas umat Islam di Afghanistan adalah replika kepada penindasan dan kesamsengan Amerika Syarikat ke atas umat Islam di Iraq selama ini. Kita telah melihat setiap kali Iraq memenuhi sesuatu tuntutan, Amerika Syarikat dan Britain dengan berselindungkan PBB akan menokok-tambah tuntutan yang baru untuk dipenuhi Iraq sebelum sekatan ekonomi ditarik balik. Jelas kelihatan diawal-awal ini lagi bahawa Afghanistan akan juga ditindas dan ditekan seperti yang berlaku kepada Iraq. Dan kesalahan mereka sebenarnya adalah kerana mereka negara Islam.

Apa yang hendak dilakukan oleh Amerika Syarikat sangat merbahayakan dunia. Lambat laun umat Islam yang masih lalai akan menjadi sedar bahawa musuh Amerika Syarikat sebenarnya adalah Islam. Apabila kesedaran itu muncul pada semua umat Islam di dunia ini maka kemungkinan perang jihad antara Islam dan kafir akan tercetus.Allahu'alam.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!!!

Tarabulsi

3 Rejab 1422
21 September 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com