Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite UMNO
PEROMPAK
WANG
RAKYAT !


Bush sudah tokok-tambah tuntutan ke atas Afghanistan

Assalamualaikum wm wbt

Bush sudah tokok-tambah tuntutan ke atas Afghanistan

Dalam ucapan beliau kepada rakyat Amerika Syarikat pada 20 September, 2001 Presiden Bush telah menokok-tambah tuntututan dan syarat yang dikenakan ke atas Afghanistan jika negara Islam itu ingin mengelak serangan Amerika Syarikat. Ini memang sudah dijangkakan dan ianya mirip kesamsengan Amerika Syarikat terhadap Iraq. Setiap kali Iraq memenuhi tuntutan Amerika Syarikat maka tuntutan baru akan dikenakan.

Bush telah menegaskan keputusan Taliban yang menyuruh Osama bin Laden yang disyakki mendalangi serangan ke atas World Trade Center (WTC) dan Pentagon tidak memenuhi kehendak Amerika Syarikat. Bush memutuskan tidak cukup jika Osama bin Laden disuruh keluar dari Afghanistan, malah tidak cukup jika Afghanistan menyerah Osama bin Laden. Sekarang Amerika Syarikat ingin juga tuntut supaya tenteranya dibenarkan masuk ke dalam Afghanistan untuk menyerang sarang-sarang perkhemahan kumpulan-kumpulan ‘pengganas’ Islam di sana. Bush kata tuntutan-tuntutan yang lama dan yang ditokok-tambah itu tidak terbuka untuk rundingan tetapi mesti di penuhi oleh Afghanistan. Sudah jadi macam penindasan ke atas Iraq seperti yang dijangkakan. Jelas Presiden Bush meneruskan dasar bapanya untuk menghapuskan orang Islam beransur-ansur dari muka bumi ini.

Sekali lagi Bush menyuarakan kata-kata dajjal – “kamu bersama kami atau kamu menentang kami” hanya kali ini diubah sedikit – “kamu bersama kami atau kamu bersama pengganas.” Ingin kita tganya Bush siapa pengganas itu? Bukankah tindak-tanduk Amerika Syarikat menghukum orang Islam di Afghanistan tanpa bukti yang kukuh itu suatu sifat pengganas – ‘state terrorism” iaitu keganasan yang berpunca dari salah guna kuasa oleh sesebuah kerajaan (macam yang juga berlaku di Malaysia).

Saya percaya kalau pun Taliban menyerah Osama bin Laden dan menyerahkan semua kumpulan ‘pengganas’ Islam yang bersembunyi di Afghanistan, maka Amerika Syarikat akan mengenakan pula syarat dan tuntutan yang baru seperti penindasan yang dilakukan ke atas Iraq selama ini.

Percayalah objektif pentadbiran Bush sebenarnya bertujuan untuk mengkhianati dan menghapuskan kerajaan Taliban di Afghanistan. Malah jelas dari ucapan Bush bahawa menghapuskan Taliban adalah matlamat pentadbirab beliau.

Percayalah pentadbiran Bush ini (seperti pentadbiran bapanya dahulu) mempunyai dasar untuk menghapuskan orang Islam secara beransur-ansur. Dan kita umat Islam di seluruh dunia tidak boleh mengharapkan kebanyakkan pemimpin-pemimpin negara Islam untuk melindungi umat Islam yang akan diburu dan ditindas di merata-rata. Malah sesetengah pemimpin-pemimpin negara Islam ini termasuklah Dr Mahathir telah dengan cepat memohon untuk menjadi khadam kepada Amerika Syarikat dan menyatakan kesediaan untuk membantu Amerika Syarikat menghentam dan membunuh umat Islam di Afghanistan yang tidak bersalah itu. Kita umat Islam di dunia ini perlu bertindak sendiri untuk melindungi dan mempertahankan Islam dan umat Islam.

Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !

Tarabulsi

3 Rejab 1422
21 September 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 September 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com