(Terjemahan ringkas artikal “America, we feel your
pain, do you feel ours?” oleh Ramzy Baroud, Middle
East News Online dan disiarkan juga di website
http://globalresearch.ca/)
*****
Dalam kesedihan dan kepedihan kamu itu (wahai rakyat
Amerika), kalaulah boleh kamu merenung kembali kepada
suasana riang ria di New York semasa Perang Teluk pada
tahun 1991 dahulu, semasa tentera US baru kembali dari
berperang di Timor Tengah, dan semasa bekas Presiden
Bush (bapa kepada Presiden sekarang ini) telah
mengistiharkan di TV bahawa misi Amerika adalah,
“untuk mengebom Iraq hingga kembali ke zaman batu” (to
bomb Iraq back to the stone age).
Tentera US yang menerajui tentera bersekutu telah
mengebom Iraq untuk beberapa bulan dan membunuh tanpa
rasa kesal, sementara seluruh dunia menyaksikannya,
dan rakyat US turut menyaksikannya (melalui liputan
TV), sama seperti mereka menyaksikan World Trade
Center diruntuhkan.
Mereka yang terbunuh di Iraq kebanyakannya adalah
orang awam, iaitu lelaki dan perempuan yang tidak
bersalah, sama seperti penduduk New York yang tidak
bersalah yang terbunuh (di WTC) itu (pada pagi 11
September, 2001).
Tentera US telah kembali ke tanah air dengan tangan
yang berlumuran darah orang awam Iraq, setelah
mengebom kesemuanya bandar dan perkampungan di Iraq,
dari selatan ke utara. Tentera US telah menggunakan
segala senjata, dan menguji teknologi pembunuhan yang
tercanggih ke atas negara Iraq yang pada
keseluruhannya tidak berdaya mempertahankan diri.
Tentera US telah mengebom dan membunuh, dan kadangkala
mempersendakan mangsa-mangsa mereka.
Tentera US kelihatan di kaca TV mengisi jet pejuang
dengan missiles yang dengan biadab tertulis
slogan-slogan; “Say goodbye Ahmed” (Ucapkan selamat
tinggal wahai Ahmad), “Happy Ramadhan” (Selamat
menyambut Ramadhan), dan juga “Say hi to Allah”.
Tentera US yang membunuh orang awam di Iraq itu
disanjung sebagai perwira oleh rakyat Amerika. Di New
York ribuan bersukaria untuk meraikan kemenangan ke
atas Iraq dengan menari-nari menyanyi dan menyorakkan
“USA, USA” dijalan-jalan raya. Di lain-lain tempat di
US berjuta rakyat turut bersekaria menyambut
kemenangan tersebut. Cuba bandingkan. Hanya segelintir
kanak-kanak Palestin bermeriah apabila rakyat Amerika
terbunuh oleh serangan ke atas WTC dan Pentagon,
tetapi berjuta rakyat Amerika, malah hampir setiap
rakyat Amerika telah menari-nari dengan penuh riang
gembira untuk meraikan pembunuhan ke atas rakyat Iraq.
Pada masa itu, dan juga sekarang ini, rakyat Amerika
diberitahu bahawa mereka berperang menentang
kejahatan, dan tentera kebaikan telah menang.
Rakyat Iraq tidak dapat melihat kegirangan rakyat
Amerika itu melalui TV kerana rumah mereka telah
dimusnahkan, bekalan letrik dan air telah terputus dan
segala-galanya termasuk hospital dan sekolah di Iraq
telah dikembalikan ke zaman batu; “bombed back to the
stone age.” Serangan ke atas WTC memang dahsyat tetapi
serangan tersebut hanya berlangsung untuk beberapa jam
sahaja. Kongres US tiga hari selepasnya meluluskan
US$40 billion sebagai peruntukkan kecemasan, membantu
mangsa-mangsa dan mengukuhkan pertahanan dari
serangan-serangan yang akan datang.
Tetapi trajedi Palestin berlarutan lebih dari beberapa
jam; malah ianya sudah berlarutan delama beberapa
generasi.
Selama lebih 53 tahun, rakyat Palestin telah menderita
dan menjadi mangsa kepada polis tentera Israel yang
sangat kejam itu; selama 53 tahun rakyat Palestin
terpaksa tinggal di kem-kem tahanan, meminum air yang
cemar, melihat ahli keluarga yang disayangi dibunuh,
rumah-rumah dibakar, masa depan yang musnah, dan
disekat segala hak-hak. Orang Palestin terpaksa lari
dari satu tempat ke suatu tempat demi menyelamatkan
diri dari dipenjarakan, disiksa, dan dibunuh.
Tidak sehari berlalu tanpa berlakunya pembunuhan
rambang ke atas orang-orang Palestin. Orang Palestin
berdemonstrasi membantah pembunuhan seorang
kanak-kanak tetapi kembali dengan suatu lagi mayat
yang telah ditembak semasa tunjuk perasaan tersebut.
Wahai rakyat Amerika Syarikat, mungkin kamu ingat kami
sudah terlalu mamai oleh kepedihan maka tiada ruang
dihati kami untuk bersedih bersama kamu. Sebenarnya
mudah untuk memahami perasaan kami. Setiap peluru yang
membunuh orang Palestin telah dibuat di Amerika
Syarikat, “Made in USA”, setiap bom, missile, dan
kereta kebal juga adalah “Made in USA”. Setiap
pembunuhan rambang yang dilakukan keatas orang
Palestin dibiayai oleh USA.
Semasa 3,000 orang Palestin dibunuh oleh tentera
Israel di sebuah kawasan perkemahan pelarian di Beirut
pada tahun 1982, tentera Israel telah melepah kulit
orang-orang Islam yang dibunuh itu, tentera Israel
telah mencincang tubuh wanita-wanita Islam selepas
merogol mereka. Tentera Israel juga meninggalkan
kelusong-kelusong peluru yang kosong yang tertulis
“Made in USA.”
Jintolak yang digunakan untuk kambus mayat-mayat orang
Islam yang dibunuh dengan kejam oleh Yahudi itu juga
dibekalkan oleh USA.
Sejak negara Israel dibentuk dengan merampas tanah
kepunyaan orang Arab palestin pada tahun 1948, Amerika
Syarikat telah membelanjakan lebih US$125 billion
untuk membiayai tentera Israel, membangunkan
kawasan-kawasan kediaman yang haram diatas tanah-tanah
kepunyaan Arab, dan membantu negara Israel yang racist
itu untuk terus menindas orang Arab Palestin.
Hanya dua hari sebelum serangan ke atas WTC di New
York dan Pentagon di Washington DC, Presiden George
Bush telah mengeluarkan presidential decree bahawa
walau pun Israel menggunakan senjata yang dibekalkan
oleh US untuk membunuh orang-orang Palestin, ianya
tidak bercanggah dengan dasar pengeksportan senjata
US. Setelah kesemuanya kekejaman ini dilakukan oleh
US, hanya lebih kurang 12 orang kanak-kanak Palestin
yang lari keluar ke jalan raya untuk menunjukkan rasa
gembira atas kematian rakyat Amerika tersebut.
Walau pun terlalu banyak kezaliman yang telah
dilakukan oleh US terhadap mereka, namun begitu ramai
orang-orang Palestin turut berasa sedih atas kematian
rakyat Amerika Syarikat kerana orang-orang Palestin
sangat tersentuh hati mereka dengan trajedi yang
berlaku itu, kerana mereka orang-orang Palestin sudah
hidup dalam trajedi selama berpuluh-puluh tahun.
Ramzy Baroud.
Middle East News Online
(Tolong di terjemahkan oleh Tarabulsi).