Assalamualaikum wm wbt,
Judi dan pelacuran berlesen..Malaysia negara Islam???
Pada 30 Oktober, 2001 Dr Mahathir dilaporkan telah
sekali lagi mendakwa Malaysia adalah negara Islam.
Wahai Dr. Mahathir Mohamed, jangan cuba menipu umat
Islam di dunia ini. Jangan disebut-sebut lagi kononnya
Malaysia ini negara Islam. Kalau Malaysia ini negara
Islam sudah tentu tidak dikeluarkan lesen untuk
perjudian dan rumah-rumah urut (massage parlour) yang
sebenarnya adalah premis-premis pelacuran. Bukankah
antara premis perjudian - Casino - terbesar di dunia
adalah di Genting Highlands di Pahang?
Sebagai Perdana Menteri bukannya kamu tidak tahu,
wahai Dr Mahathir, bahawa pelanggan-pelanggan ke
kebanyakkan massage parlour akan ditanya oleh towkay
dikauter; "mahu blow job atau hand job? Tiga macam pun
ada".
Tanyalah kepada ahli-ahli jawatankuasa pencegah
maksiat dari Pusat Islam (sekarang JAKIM) yang pernah
menyamar sebagai 'pelanggan' di massage-massage
parlour yang berselerak di kawasan Bukit Bintang, dan
mereka akan mengesahkan bahawa mereka dapati
premis-premis tersebut sebenarnya tempat pelacuran
yang berselindung di bawah nama massage parlour.
Mereka telah ditanya di kaunter oleh Towkay massage
parlour samada mereka mahukan 'blow job' atau 'hand
job' atau 'tiga macam'. Mahu barang 'local' atau
'imported'. "Amoi olang putih pun ada".
Kenapa kalau JAKIM sudah tahu tidak pula digesa
kerajaan UMNO-BN supaya mengharamkan premis-premis
pelacuran yang berselindung disebalik masage-massage
parlour yang berlesen itu?
"Kan ini Malaysia. Yang mencegah maksiat disalahkan
dan kena gum dan dibuang kerja, tetapi yang melakukan
maksiat disanjung," jelas seorang bekas Ustaz di JAIS.
"Tengok apa jadi kepada bekas Mufti Selangor, Ustaz
Ishak Baharom masa kes tiga ratu cantik dulu,"tambah
beliau.
Bukan kamu tidak tahu wahai Dr Mahathir, Perdana
Menteri, bahawa massage parlour sebenarnya adalah
premis-premis pelacuran yang kamu lesenkan dan
halalkan.
Bukannya pihak polis tidak tahu bahawa rumah-rumah
urut itu sebenarnya premis pelacuran. Polis memangnya
tahu. Kenapa pihak polis pura-pura tidak
tahu..faham-fahamlah. Ha ha.
Bolehkah Malaysia yang melesenkan pelacuran didalam
bilek-bilek massage-massage parlour diiktiraf sebagai
negara Islam? Bolehkah Malaysia yang mempunyai dengan
megahnya antara Casino perjudian yang terbesar di
dunia dipanggil negara Islam? Tentu sekali tidak
boleh. Agak lebih layak lagi kalau Malaysia di panggil
negara neraka jahanam.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
13 Rejab, 1422
1 Oktober, 2001