Assalamualaikum wm wbt
Muslihat Bush damaikan Palestin-Israel
Adakah US benar-benar inginkan perdamaian antara orang
Palestin dengan Israel? Menurut maklumat yang
diperolehi dari lingkungan diplomatik, Presiden Bush
sebenarnya mempunyai muslihat dan ajenda-ajenda
terselindung dalam usaha mencari perdamaian antara
puak Palestin dibawah kepimpinan Arafat dengan Israel.
Pentadbiran Bush ingin mengasingkan puak-puak Arafat
dari kumpulan-kumpulan pembebasan Hamas, Hizbollah dan
Jihad Islamiyah yang akan menjadi sasaran serangan US
dan Britain setelah selesainya serangan ke atas
Taliban di Afghanistan.
Media US, terutamanya CNN, sudah pun mengambarkan
kumpulan Palestin dibawah kepimpinan Yasser Arafat
sebagai kumpulan sederhana dan rakan US, sementara
Hamas, Kumpulan Jihad Islamiyah dan Hizbollah
digambarkan dengan seteruk-teruknya sebagai
kumpulan-kumpulan pengganas Islam yang mengancam
ketenteraman barat dan oleh itu perlu diperangi dan
dihapuskan oleh tentera khas (US dan Britain).
Bila ditanya adakah US menyokong penubuhan negara
Palestin di West Bank, Presiden Bush menyebut bahawa
konsep negara Palestin itu memangnya suatu wawasan
(vision) tetapi hanya boleh direalisasikan jika hak
Israel untuk wujud sebagai sebuah negara yang sah
diterima terlebih dahulu oleh semua negara-negara
Arab. Negara Palestin itu juga mestilah tidak
mengancam keselamatan Israel. Kalau dalam bahasa
diplomatik ini adalah cara untuk mengelak dari memberi
sesuatu ketetapan.
Satu lagi muslihat Presiden Bush dalam beria-ia
inginkan perdamaian antara puak Arafat dengan Israel
adalah supaya ketegangan di West bank dan Gaza akan
reda. Dengan redanya keadaan, maka sebahagian dari
tentera Israel yang mengawal kawasan West bank dan
Gaza bersama-sama sebahagian anggota Mossad boleh
diserapkan kedalam tentera US dalam serangan-serangan
keatas Afghanistan nanti.
Penyertaan tentera Israel dan Mossad dalam serangan
ala komando keatas Afghanistan dikira penting.
Kaedahnya adalah sama seperti semasa Perang Teluk di
mana unit-unit komando tentera Israel dan anggota
badan perisek Mossad telah mengenakan uniform tentera
US dan turut bersama menyamar sebagai tentera US dalam
serangan-serangan ke atas Iraq.
Pihak US melalui medianya sudah mula mengajak dunia
untuk mentakrifkan kumpulan-kumpulan pembebasan
(resistance movement) dan kemerdekaan Islam di Timur
Tengah, Kashmir, Algeria, Acheh,Mindanao dan Pattani
sebagai kumpulan-kumpulan pengganas.
(Kumpulan-kumpulan pembebasan di negara-negara barat
seperti di Ireland Utara tidak pula ditakrifkan
sebagai kumpulan-kumpulan pengganas). Maka US dan
Britain dijangka akan memerangi kumpulan-kumpulan
pembebasan Islam tersebut satu demi satu dan juga
memerangi Iraq dan Iran yang akan dituduh sebagai
memberi perlindungan kepada kumpulan-kumpulan
pengganas Islam.
Walau pun Presiden Bush dan Perdana Menteri Britain,
Blair cuba berselindung, tetapi adalah jelas bahawa
peperangan yang mereka lancarkan ini adalah
perperangan menentang Islam. Bush dan Blair dahagakan
darah orang-orang Islam yang dianggap mereka sebagai
ancaman terhadap tamaddun Kristian barat setelah
berakhirnya ancaman komunis dengan keruntuhan Soviet
Union.
Likungan diplomatik berpendapat hanya pendirian yang
tegas secara sepakat di kalangan negara-negara Islam
dalam membantah serangan ke atas Afghanistan dan
lain-lain negara Islam sahaja yang mungkin dapat
merencatkan rancangan jahat Bush dan Blair terhadap
Islam itu. Malangnya hampir kesemua pemimpin-pemimpin
negara-negara Islam kerana kepentingan masing-masing
telah menyebelahi Bush dan Blair.
Semoga Allah SWT melindungi umat Islam di seluruh
dunia, dan semoga rancangan Bush dan Blair untuk
melakukan genocide ke atas umat Islam bukan sahaja
akan digagalkan oleh Allah SWT tetapi akan membawa
Amerika Syarikat dan Britain kepada kehancuran.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Tarabulsi
15 Rejab 1422
3 Oktober, 2001