Assalamualaikum wm wbt
US bercadang gunakan tactical nuclear weapons
Hari-hari pemimpin US menakut-nakutkan rakyat Amerika
tentang serangan bio-terrorists (ia itu kegunaan
senjata kimia oleh kumpulan pengganas). Adakah cerita
tentang bio-terrorists ini suatu helah untuk mencari
justifikasi bagi tentera US untuk bertindak balas
dengan menggunakan senjata tactical nuklear (tactical
nuclear weapons) di Afghanistan?
Senjata taktikal nuklear ini mempunyai daya pemusnahan
yang terhad, iaitu memusnahkan segala yang ada
dikawasan yang kecil seperti seluas padang bolasepak
atau seluas kawasan taman perumahan mengikut kekuatan
'warhead' yang digunakan. Senjata taktikal nuklear ini
boleh dilancar dengan rocket launcher yang diletak
dibahu.
Pegawai-pegawai atasan tentera US ada menyebut bahawa
hanya kegunaan senjata taktikal nuklear ini sahaja
yang boleh mengalahkan tentera Afghanistan yang akan
bersembunyi di kawasan-kawasan bukit dan di dalam
gua-gua. Presiden Bush telah berkata bahawa tentera US
akan 'flush out' tentera Afghanistan dari gua-gua
tempat mereka bersembunyi. Mungkin yang dimaksudkan
oleh Bush adalah menggunakan senjata taktikal nuklear
kerana impak radiationnya boleh menjangkau jauh ke
dalam gua-gua.
Perlu diingat kembali bahawa di masa-masa yang lepas
pihak US ada memberi amaran bahawa mereka akan
menggunakan senjata nuklear jika pihak pengganas
menyerang US dengan senjata kimia.Tetapi penggunaan
senjata taktikal nuklear ini pasti akan mendapat
tentangan hebat oleh lain-lain negara. Oleh itu suatu
helah perlu diadakan untuk menjustifikasikan
penggunaannya di Afghanistan.
Selepas serangan ke atas WTC dan Pentagon pihak
pentadbiran Bush sering menakut-nakutkan rakyat
tentang bio-terrorists yang dijangka akan menggunakan
antara lainnya bahan anthrax. Tiba-tiba sahaja telah
timbul dalam dua tiga hari ini kes dua orang rakyat US
mengalami keracunan bahan anthrax. Semacam diatur-atur
sahaja.
Oleh yang demikian kemungkinan besar pihak US akan
menggunakan senjata kimia ke atas rakyatnya sendiri
dan menuduh Osama bin Laden dan kumpulan Al Qaeda
sebagai bertanggungjawab. Dan US pun akan sebagai
tindakan balas menggunakan senjata taktikal nuklear di
Afghanistan dan lain-lain negara Islam yang telah
disenaraikan untuk diserang atas tuduhan memberi
perlindungan kepada pengganas-pengganas.
Oleh itu jangan ketepikan kemungkinan cerita tentang
bio-terrorists yang digembar-gemburkan sekarang ini
sebenarnya adalah untuk mewujudkan sebab musabab bagi
US menggunakan senjata taktikal nuklear tersebut.
Sekiranya atom bomb telah diuji ke atas negara Jepun,
maka senjata taktikal nuklear ini akan diuji pula ke
atas negara-negara Islam, bermula dengan Afghanistan.
Semoga Allah SWT melindungi umat Islam yang mungkin
bakal dijadikan 'guinea pig' oleh Amerika Syarikat
untuk menguji senjata taktikal nuklearnya.
Allahu Akbar ! Akllahu Akbar ! Allahu Akbar !
Tarabulsi
21 Rejab 1422 (9 Oktober 2001)