Assalamualaikum wm wt
Bukan US nak serang Malaysia..Pak Lah kelirukan.
Laporan New York times pada 10 Oktober, 2001 tidak
kata Amerika Syarikat hendak serang Malaysia. Akhbar
tersebut sebenarnya mendedahkan kerjasama yang hendak
diwujudkan antara kerajaan Dr Mahathir dengan Amerika
Syarikat dalam memerangi kumpulan-kumpulan Islam di
Malaysia yang akan dituduh mempunyai kaitan dengan
kumpulan-kumpulan 'pengganas Islam' antarabangsa.
Adullah Badawi atau Pak Lah sedar New York Times telah
mendedahkan mengenai kerjasama dengan Amerika Syarikat
dalam memerangi kumpulan 'pengganas' Islam (atau
dengan lebih tepat lagi - memerangi agama Islam). Maka
Pak Lah dengan cepat telah cuba mengelirukan isu ini
dengan memberi gambaran palsu kononnya Amerika
Syarikat hendak menyerang Malaysia.
Nampak sangat Pak Lah cuba mengalihkan pandangan dan
menuntup maklumat mengenai kerjasama Malaysia-Amerika
Syarikat yang akan diwujudkan itu.
Pendedahan yang dibuat oleh New York Times itu dengan
ringkasnya adalah seperti berikut:
1. Medan peperangan kedua bagi Amerika Syarikat dalam
memerangi keganasan adalah Asia Tenggara di mana
kerajaan-kerajaan Malaysia, Filipina dan Indonesia
diancam oleh kumpulan-kumpulan Islam yang mempunyai
kaitan atau hubungan dengan kumpulan-kumpulan
'pengganas' Islam antarabangsa.
2. Amerika Syarikat akan bekerjasama dengan
kerajaan-kerajaan Dr Mahathir, Arroyo dan Megawati
dalam operasi bersama untuk menyerang dan menghapuskan
kumpulan-kumpulan Islam tersebut.
3. Kerjasama tersebut akan melibatkan operasi tentera
dan risikan bersama, dan anggota tentera khas (special
force) Amerika Syarikat akan dipinjamkan kepada
kerajaan Dr Mahathir, Arroyo dan Megawati.
Bukannya Malaysia yang akan diserang oleh Amerika
Syarikat, tetapi kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia
yang akan diserang dengan restu dan kerjasama kerajaan
Dr Mahathir dalam operasi bersama tentera Amerika dan
Malaysia.
Oleh itu rakyat Malaysia jangan berasa cemas. Yang
perlu rasa bimbang dan cemas adalah parti PAS dan
kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia yang akan
dikhianati dengan dituduh sebagai bersekongkol dengan
kumpulan-kumpulan 'pengganas Islam' antarabangsa.
Menurut sumber-sumber di Kementerian Pertahanan di
Jalan Semerak, kerjasama antara Malaysia dan Amerika
Syarikat itu sudah pun wujud, dan latihan tentera
bersama (joint military excercise) antara Malaysia
dengan Amerika Syarikat di Melaka awal tahun ini
menjurus kepada kerjasama dalam memerangi
kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia yang dianggap
mengancam kerajaan Dr Mahathir.
Maklumat yang diterima dari sumber-sumber lain adalah
kerajaan Dr Mahathir bukan akan hanya mengkhianati
PAS. Lain-lain gerakan Islam seperti ABIM dan
persatuan-persatuan Islam di institut pengajian tinggi
akan turut dikhianati dengan dituduh mempunyai kaitan
dengan Osama bin Laden atau lain-lain kumpulan
'penggans' Islam antarabangsa seperti Hezbollah, Hamas
dan Kumpulan Jihad Islamiyyah.
Dikatakan juga bahawa ustaz-ustaz di sekolah-sekolah
agama dan sekolah-sekolah pondok, dan guru-guru serta
aktivis dalam kumpulan-kumpulan seperti tareqat,
tabliq, Arqam dan pertubuhan-pertubuhan jihad Islam
akan dikhianati sebagai mempunyai kaitan dengan
kumpulan 'pengganas' Islam antarabangsa, dan akan
diserbu dan ditangkap dibawah ISA.
Objektif kesemuanya ini adalah untuk memastikan hanya
parti-parti politik dan golongan Islam yang berfahaman
sekular yang boleh bekerjasama dengan Amerika Syarikat
dan negara-negara barat sahaja yang akan terus wujud
di Malaysia, dan juga Indonesia.
Di Indonesia, pejuang-pejuang pembebasan Acheh akan di
beri label pengganas dan akan diserang oleh tentera
Jakarta dalam operasi bersama dengan tentera Amerika
Syarikat.
Bagi Filipina pula Abu Sayaf dan lain-lain kumpulan
pembebasan Islam akan diserang dan dihapuskan. MNLF
dibawah kepimpinan Nur Misuari yang sudah bersekongkol
dengan Manila tidak akan di sentuh.
Semakin hari semakin jelas bahawa Amerika Syarikat
berselindung disebalik memerangi keganasan untuk
sebenarnya memerangi Islam. Hanya golongan fahaman
Islam sekular dan modernis (seperti UMNO di Malaysia)
yang memperlekeh, mempersundalkan hukum hakam Allah
SWT dan yang menolak pelaksanaan sepenuhnya syariat
Allah SWT dalam pemerintahan sahaja yang akan
dibenarkan oleh Amerika Syarikat dan barat untuk terus
wujud dan memerintah negara-negara di mana majoriti
rakyat terdiri dari orang-orang Islam.
Percayalah yang diperangi oleh Amerika Syarikat adalah
Islam. Ini sememangnya "War on Islam" seperti yang
dikatakan oleh Osama bin Laden. Dan kita umat islam di
dunia ini tidak boleh mengharapkan kerajaan-kerajaan
negara-negara Islam yang dibawah telunjuk Amerika
Syarikat dan puak Yahudi untuk bersama-sama kita
mempertahankan Islam. Seluruh umat Islam di dunia ini
perlu ambil initiatif sendiri untuk berjihad.
Beberapa hari selepas membelasah Iraq pada tahun 1991,
Presiden Amerika ketika itu, iaitu Presiden Bush (bapa
kepada Presiden Amerika Syarikat sekarang ini) telah
dengan angkuh berkata perpaduan umat Islam seluruh
dunia yang sangat digeruni oleh barat sebenarnya hanya
kata-kata kosong - " We have smashed the myth of
Islamic solidarity."
Mari kita berjihad dan membuktikan kepada Presiden
Bush ( dan bapa beliau) bahawa perpaduan ummah seluruh
dunia bukannya suatu 'myth' tetapi adalah suatu
realiti yang akan membuat Amerika Syarikat dan
Kristian barat menyesali tindakan mereka memulakan
perperangan untuk menghapuskan Islam.
Allahu Akbar ! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !
Tarabulsi
25 Rejab, 1422
(13 Oktober, 2001)