Assalamualaikum wm wbt,
Rupanya anthrax helah untuk serang Iraq
Maka rakyat Amerika Syarikat kini panik kerana
dikatakan kumpulan pengganas bio-terrorists Islam
sedang menyerang dengan menggunakan anthrax.
Propoganda melalui media massa di Amerika Syarikat
untuk mengaitkan serangan anthrax itu dengan Iraq
sudah dipertingkatkan, dan Timbalan Presiden Amerika,
Dick Chenney bersama-sama Setiausaha Pertahanan,
Donald Rumsfeld sudah pun mengesa agar Iraq di serang
oleh tentera US. Dan nampaknya Iraq akan diserang
tidak berapa lama lagi.
Sebab musabab sudah pun diwujudkan untuk menyerang
Iraq. Serangan anthrax ini juga digunakan untuk
menyokong dakwaan kerajaan Malaysia kononnya wujud
Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) yang mempunyai
kaitan dengan kumpulan pengganas Islam antarabangsa.
Satu sampul surat dari Malaysia yang dihantar kepada
Syarikat Microsoft di Amerika Syarikat telah disahkan
oleh FBI mengandungi kuman anthrax. Maka kerajaan
UMNO-BN kini boleh terus menyebarkan fitnah kononnya
memang wujud kumpulan pengganas Islam di Malaysia, dan
anggota-anggota PAS akan difitnah sebagai terlibat
dalam kumpulan-kumpulan pengganas Islam antarabangsa
tersebut.
Kerajaan Malaysia sudah pun menyatakan kesediaan untuk
bekerjasama dengan FBI bagi mengesan pihak yang
terlibat di Malaysia dalam serangan anthrax ke atas
Amerika Syarikat itu.
Kerajaan Malaysia sedar bahawa serangan anthrax di US
itu sebenarnya hanyalah helah untuk menyerang Iraq dan
juga bagi US meningkatkan serangan ke atas Afghanistan
dengan menggunakan 'tactical nuclear weapons', tetapi
kerana kepentingan UMNO-BN untuk melumpuhkan PAS dan
mempertahankan Islam sekular dan modernis, maka
kerajaan Malaysia sanggup bersubahat dalam sandiwara
anthrax ini.
Bila US menyerang Iraq nanti dan menggunakan 'tactical
nuclear weapons' di Afghanistan,maka bolehlah kita
rumuskan bahawa kerajaan UMNO-BN turut bersubahat
dalam mengukuhkan helah US untuk serangan-serangan
tersebut.
Allahu Akbar! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !
Tarabulsi
27 Rejab 1422
15 Oktober 2001