Assalamualaikum wm wbt,
Anthrax 'bukti' pengganas Islam wujud di Malaysia
Maka surat yang dikatakan mengandungi anthrax yang
dihantar dari Malaysia kepada Microsoft di US telah
disahkan oleh FBI mengandungi kuman anthrax. Nampak
sangat ini suatu sandiwara oleh Amerika Syarikat untuk
membuktikan Malaysia mempunyai kumpulan-kumpulan
'pengganas' Islam yang perlu diperangi. Sandiwara ini
juga bagaikan menyokong dakwaan kerajaan Dr Mahathir
bahawa ada wujudnya Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)
yang dikononnya punyai kaitan dengan kumpulan Osama
bin Laden.
Maka Menteri Luar Malaysia pun dengan cepat menyatakan
kesediaan Malaysia untuk membantu FBI dan CIA dalam
menyiasat pihak di Malaysia yang terlibat dalam
menghantar surat berkuman anthrax tersebut kepada
Microsoft. Dan Malaysia akan juga membuat kajian serta
bertindak untuk melindungi rakyat Malaysia dari wabak
anthrax ini.
Sungguh 'cantik' konspirasi dajjal kecil, Amerika
Syarikat, dengan khadamnya kerajaan UMNO-BN di
Malaysia untuk memerangi Islam.
Bukti sudah pun direka kononnya ada kumpulan
'pengganas' Islam di Malaysia yang membantu kumpulan
'pengganas' Islam antarabangsa untuk melakukan
serangan bio-terrorists dengan menggunakan anthrax.
Bukti yang diada-adakan ini akan digunakan sebagai
justifikasi kepada kerjasama anatar kerajaan UMNO-BN
dengan Amerika Syarikat untuk memerangi
kumpulan-kumpulan Islam di Malaysia. Sasaran utama
adalah parti PAS.
Bukannya PAS sebagai sebuah parti yang akan diserang.
Tetapi aktivis-aktivis PAS akan di fitnah dengan
tuduhan palsu bahawa mereka terlibat dalam kumpulan
'pengganas' Islam antarabangsa. Dan aktivis-aktivis
PAS ini akan ditangkap dibawah ISA.
Sandiwara anthrax ini juga akan memberi justifikasi
kepada penempatan anggota tentera khas Amerika
Syarikat di Malaysia untuk bersama-sama dengan tentera
Malaysia memerangi kumpulan-kumpulan 'pengganas'
Islam.
Sandiwara anthrax ini juga akan dijadikan justifikasi
kepada tindakan kerajaan Malaysia baru-baru ini untuk
menahan seramai 16 orang aktivis PAS di bawah ISA.
Maka bersedialah kita menghadapi perperangan ke atas
Islam di Malaysia yang sedang dilancarkan oleh pakatan
kerajaan UMNO-BN dengan kerajaan Amerika Syarikat.
Semoga kita orang-orang yang memperjuangkan agama
Islam tetapi difitnah sebagai kumpulan pengganas akan
diberi kemenangan oleh Allah SWT.
Allahu Akbar! Allahu Akbar ! Allahu Akbar !
Tarabulsi
27 Rejab 1422
15 Oktober 2001