Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bila Towkay Judi Genting pun dikira berjihad

Assalamualaikum wm wbt,

Bila Towkay Judi Genting pun dikira berjihad.

Maka berkatalah 'Ustaz-ustaz' UMNO bahawa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan ekonomi sesaorang atau sesebuah negara itu adalah juga suatu jihad. Sememangnya Islam menuntut kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki tetapi ianya bukannya jihad. Kalaulah berkerja bersungguh-sungguh untuk kayakan diri itu juga dikira jihad, maka towkay judi Genting Highlands pun akan dikira berjihad.Ha ha.

Bila ditanya adakah towkay judi Genting Highlands juga boleh dikira berjihad? Maka 'ustaz-ustaz' UMNO pun menepis. Dijelaskan kalau hendak mengkayakan diri itu dengan niat kerana agama dan kerana Allah dan dilakukan mengikut hukum-hukum syariah, maka barulah dikira jihad. Bila ditanya bukankah orang yang membeli saham itu hanya berniat untuk meraih keuntungan dan tidak terlintas pun dihati mereka membeli saham itu kerana Allah dan agama, maka 'Ustaz-ustaz' UMNO buat tak dengar soalan tersebut.

Ditanya lagi adakah mengkayakan diri itu dengan meminjam dari bank yang berunsur riba, menjual barang-barang dan perkhidmatan dengan keuntungan beratus-ratus percent itu mengikut landasan Islam? Maka sekali lagi 'Ustaz-ustaz' UMNO cuba lari dari menjawab.

Satu keistimewaan dan perkara unique dalam berjihad adalah rela mati demi Allah SWT. Ini disebut mati syahid. Dan sememangnya semua yang berjihad itu bercita-cita hendak mati syahid. Maka timbul soalan kalau bikin bisnes hendak kayakan diri itu dikira jihad juga, adakah orang yang berusaha untuk menghimpun kekayaan itu punyai cita-cita hendak mati syahid semasa dalam berusaha itu? Dan adakan mati semasa hendak menghimpun kekayaan itu suatu kematiannya yang boleh dikira mati syahid? Ini pun 'Ustaz-ustaz' UMNO tak terjawab.

Orang Islam yang pergi berperang kerana agama Allah SWT di sebut angkatan para syuhada. Kalau berusaha meningkatkan ekonomi dan bisnes itu boleh dikira berjihad maka timbul soalan. Bolehkah misi perdagangan yang di ketuai oleh Rafidah Aziz ke luar negeri untuk mencari peluang ekonomi itu juga boleh dikira angkatan para syuhada? Sekali lagi 'Ustaz' UMNO buat tak dengar soalan ini. Ha ha.

Dan jika pesawat yang membawa delegasi perdagangan Rafidah Aziz untuk mecari peluang ekonomi di luar negeri itu jatuh terhempas dan kesemuanya mati, maka adakah mereka mati syahid?

Kepada manusia bernama Mahathir Mohamad dan khadamnya bernama Hamid Othman dan Ismail Ibrahim, hentikanlah usaha kamu semua memperlekeh-lekehkan jihad itu. Sebagai seorang Islam saya anggap anda telah mengkhianati agama Islam yang saya peluk itu dan saya tidak akan mengampunkan anda semua dunia dan akhirat.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Tarabulsi






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com