EDAR ARTIKEL INTERNET |
SERUAN KEPADA :
Pucuk pimpinan Barisan Alternatif, PAS, KeADILan, PRM dan DAP serta NGO , ABIM,
JIM GERAK, ADIL, GAGASAN, SUARAM, GAMIS, serta orang perseorangan, Pegawai dan
Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Mahasiswa, Guru - guru, Doktor, Peguam, Arkitek,
Jurutera, Pegawai Tadbir dan Diplomatik dll !!!!.dll
Adalah dengan ini diseru agar mengambil inisiatif melakukan tindakan,
mewujudkan sebuah Jawatankuasa Khas/Urusetia/Pasukan Petugas bagi mengendalikan
artikel - artikel yang terdapat di dalam internet [ terutamanya ] ATAU
menggunakan Jawatankuasa Penerangan yang sedia ada dengan kadar SEGERA dan elbih
aggresif lagi..
Jawatankuasa khas ini hendaklah ditubuhkan di peringkat :-
Pusat [ Ibu Pejabat ]
Negeri [Perhubungan Negeri ]
Parlimen
DUN . [ Di peringkat ini ia mesti ditubuhkan dan digerak dengan kadar yang
segera.] Ini adalah peringkat terpenting. Semua Parti dalam Barisan Alternatif
bersama NGO di dalam satu - satu Dewan Undangan Negeri , mestilah
mewujudkannya segera. Ketua -ketua Bahagian Barisan Alternatif, PAS/KeADILan,
PRM dan DAP ; NGO hendaklah memanggil satu mesyuarat SEGERA. Tubuhkan SEGERA
atau gunakan jawatankuasa penerangan yang sedia ada.
Sumber - sumber artikel
Sumber - sumber artikel boleh di dapati dari internet [ Laman Reformasi,
Mahafiraun, Pemantau, Reformasi Pendidikan Nasional, Jiwa Merdeka, Tranung Kite,
Terengganu Kita , Al Islah, DOI MOI, R4MAC dll ], Harakah, Eksklusif, Detik dan
Tamadun.
Tugas Jawatankuasa Khas/Pasukan Petugas/Urusetia
- Mengumpul artikel
- Menganalisa artikel. Sesuatu artikel hendaklah dianalisa oleh satu kumpulan
yang khusus, terutamanya bagi mengkaji kesesuaian satu -satu artikel itu dengan
tempat dan kumpulan sasaran serta dengan masa.
- Memilih artikel.
- Membuat salinan dan mencetak
- Mengedarkan artikel.
Cara Edaran
Sesuatu artikel yang telah dipilih , sesuai dengan isu semasa, tempat, sasaran
dan kandunganya hendaklah diedarkan secara berkala dan segera. Cara edaran boleh
dibuat seperti berikut iaitu melalui pos, kedai kopi, masjid/surau, kedai kopi,
Stesen bas, rumah ke rumah, tempat ceramah, tempat kerja/office dll.
Tempoh dan jangkamasa edaran
Kadar kekerapan artikel yang hendak diedarkan bergantung kepada beberapa faktor
antaranya bergantung kepda berapa banyak isu yang dibangkitkan, berapa banyak
artikel yang disiarkan dalam sesuatu tempoh tertentu dll. Walaubagaimanapun,
saya ingin mencadangkan supaya ianya dibuat dengan sekerap yang mungkin, iaitu
sekurang - kurangnya sekali [ 1 x ] seminggu, iaitu setiap minggu. Tetapi ianya
boleh dilakukan, bilamana perlu, seperti setiap 2 - 3 hari sekali, bergantung
kepada isu - isu yang terjadi.
Kumpulan sasaran
Tiga kumpulan sasaran yang utama;-
UMNO/BN . Ini adalah kumpulan sasaran utama. Untuk kumpulan ini, seharusnya
diedarkan setiap hari, bagi menyedarkan mereka dan seterusnya menumpulkan
ke'UMNO'an mereka. Seboleh - bolehnya , supaya kumpulan ini, UMNO/BN di
peringkat bawahan lebih mudah untuk di'turn over'. Dalam keadaan UMNO yang telah
reput dan berulat, sokongan yang berkurangan, ahli yang merosot, dan orang -
orang Melayu telah menolaknya, usaha ini akan lebih mudah. Natijahnya nanti,
lebih ramai orang - orang Melayu yang masih menjadi ahlinya akan meninggalkan
UMNO dan menyertai BA, atau sekurangnya - kurangnya mereka tidak mengundi BN
dalam pilihanraya nanti.
Pengundi atas pagar . Pilihlah artikel - artikel yang bermutu dan yang dikira
boleh menarik mereka mengundi Barisan Alternatif dan kekal dengan pendirian itu
sehingga ke hari mengundi.
Barisan Aletrnatif. PAS, KeADILAN/PRM/DAP. Tujuan artikel -artikel diedarkan
untuk kumpulan ini adalah penting bagi memastikan mereka terus kekal dengan BA
sehingga ke hari mengundi. Tidak terpengaruh dengan kain pelikat, batik, duit,
baja, kambing lembu, basikal dan lain - lain umpan di pagi hari mengundi.
Golongan ini telah didedahkan dengan pelbagai maklumat semasa pilihanraya ke -
10 lalu, samada telah jelas atau masih kabur. Ini tidak menjadi masalah kepada
yang telah jelas, manakala , isu - isu yang masih kabur, penerangan dan dan
penjelasan seterusnya hendaklah dipertingkatkan. Golongan inilah yang perlu
diberikan tumpuan . Ini adalah golongan pengundi terpenting yang akan memastikan
BA menang nanti. Undi Pos dan Hantu dapat dipadamkan dengan sokongan kuat
daripada pengundi atas pagar ini dalam pilihanraya ke 11 nanti..
Keperluan asas
Beberapa keperluan asas yang diperlukan, iaitu komputer berserta printer,
kertas, catridge ink. Ini boleh didapati di PUSAT IT DAN KHIDMAT yang TELAH,
SEDANG dan AKAN disediakan di semua DUN dan Parlimen. Kawasan yang telah
dimenangi oleh BA, maklumat berterusan penting untuk mengekalkan sokongan.
Manakala bagi kawasan yang kalah, maklumat terkini perlu untuk menawan hati
pengundi setempat dan seterusnya memenangi DUN atau Parlimen berkenaan.
Kesimpulan
Kita mempunyai jentera yang terhad, media utama elektronik dan suratkhabar
dimonopoli sepenuhnya oleh pemerintah UMNO/BN. Kita harus mengakui kelemahan dan
kekurangan yang ada pada kita . Tapi kita jangan putus asa dan tidak berbuat apa
- apa. Dalam serba kekurangan sebenarnya kita masih ada kekuatan dan sumber
alternatif. Inilah yang mesti [ bukan harus ] dimanfaatkan sepenuhnya. Kita
tidak punya pilihan lagi. Tahun 2004 makin menghampiri kita semua, cuma 4 atau 5
tahun saja lagi. Gerakkan segera sumber dan kekuatan yang ada.
InsyaAllah dengan sedikit usaha yang kita lakukan ini, Allah akan memberikan
kejayaan. Semoga Barisan Alternatif akan beroleh kemenangan dalam pilihanraya
yang ke - 11 nanti. Bersama - samalah kita merobah negara kita yang tercinta
ini. InsyaAllah.
Terompah_kayu
|
|