Ula(r)mak UMNO Vs. Peribahasa : Berani kerana benar(?) takut kerana salah(?)
Oleh : Azhari (s)
Sewajarnya insan mulia yang bergelar ulamak itu selari dengan Pepatah Melayu "Berani kerana benar takut kerana salah" dalam segala tindak tanduk mereka seharian. Maknanya mereka berani menegakkan dan memperjuangkan kebenaran kerana Allah SWT serta takut melakukan kesalahan kerana Allah SWT. Bukan kerana yang lain. Ikhlas seikhlas-ikhlasnya serta jujur sejujur-jujurnya dalam melaksanakan segala amanah dan tanggung jawab. Inilah yang melayakkan mereka digelar sebagai pewaris para Nabi 'Alaihimus solatu wassalam (ASW).
Ini bermakna gelaran ulamak dan pangkat pewaris para Nabi ASW itu bukan sekadar berjaya menimba sekian banyak ilmu dengan bukti sijil yang berjela-jela (seperti kata siMAHA(?) "sayapun ulamak juga...), bahkan yang menjadi kayu ukur kepada gelaran dan pangkat tersebut ialah bukti ketakwaannya kepada "Al-'Aliim" iaitu Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Luas Ilmu dan Pengetahuannya. Ketakwaan itu pula dibuktikan dengan segala sifat "Mahmudah" (yang terpuji - bukan minta puji).
Catatan :
Menulis kebanyakkan dalam seloka atau sajak, tapi ada artikal yang berbentuk biasa seperti di atas.
Bila Patung ‘Puaka’ tidak disembah lagi……!!
Oleh : Amin Sapiro
Duduk diatas pagar berduri bukan kerja mudah. Bandingkanlah: duduk diatas kerusi pun sakit punggung, apakan lagi jika pagar berduri, bukan? Kerana sifat hati seorang manusia itu memang ada bebalnya, maka tahan jugalah, walau sakit pun, sampai rasa tak tahan sangat.
Saya melihat rakan saya dalam UMNO dan BN pun sudah mula merasa panas punggung. Yang menjadikan mereka panas itu adalah kerana derita yang ditanggung bukan setakat dipunggung rasa terbakar, tapi sudah sampai ke lubok hati pedihnya. Setiap hari terpaksa menepis dan mengibas. Debu-debu yang berterbangan terlalu memedih mata.
Berkata seorang rakan selepas mesyuarat di satu perjumpaan tertutup, “Kalau kita ditanya bagaimana ikhtiar untuk memulihkan keadaan yang ada, bila kita jawap dan bagi pandangan – they all think we’re just fools…!!”
Jangan main-main, baka "beruk" Pahang kena jaga-jaga !!
Oleh : Penghulu Kampong Cekau
Teringat saya masa saya kecil-kecil dulu. Di Tembeling ni, orang yang ada kebun kelapa selalu ada simpan beruk. Bergantunglah. Kalau kebun tu luas dia simpan 2 ekor. Kalau tanya apsal banyak sangat? Nanti diorang kata, kalau satu sakit boleh ganti dengan sekor lagi. Logik juga, ya?
Hehehe… kalau nak andaikan, macam UMNO jugaklah. Ada deputy, Timbalan Presiden. Kalau Presiden pegi mana-mana, katalah nak pergi Argentina ke, Cuba ke, masuk IJN ke … Timbalan Presiden boleh jalankan kerja. Oppppsss…jangan lah orang Umno kecik hati pulak, ingat saya nak kata UMNO ikut dasar beruk dengan tukang panjat kelapa.. Oooiiii…..! Dakkkkkk… ehhhh!! Umno parti terunggul daaaa..!
Golongan Cap Semut/Cap Gajah dalam umno
Oleh : Dahlia/KL
Kebanyakan wanita umno benar-benar tidak berfikiran terbuka. Hairan saya, pada satu ketika, mereka menyalahkan barisan pembangkang dan berkata, "mengapa mereka (BA) tak sedar-sedar? Mengapa mereka suka buat fitnah dan tidak bersyukur dan berterima kasih pada kerajaan? Budak-budak reformasi ni tak ada hala tujuan hidup dan blah blah blah blah... "
Black Metal memijak Quran, Dr Mahathir menghina Quran
Oleh : Tarabulsi
Maka Dr Mahathir pun mengeluarkan kenyataan pada 20hb Julai, 2001 mengenai gejala kumpulan Black Metal. Kumpulan ini memikat muda-mudi Islam dengan muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad, memijak Al Quran dan memuja syaitan. Dr Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al Quran? Tidak ada bedza langsung kerana kedua-duanya, iaitu Dr Mahathir dan Black Metal bertindak sebagai tentera-tentera iblis.
Bagaimana Najib Nak Mencapai Hasrat sebagai PM
Oleh : ddnn
Untuk merebut jawatan Perdana Menteri Malaysia. Seseorang menteri itu haruslah berupaya menulis buku yang menjadi rujukan para cendiakawan dan pelajar.
Tunku Abdul Rahman menulis, "May 13 : Before and After", Tun Abdul Razak menulis,"National Unity Through Development", Dr. M telah menulis buku "The Malay Dilemma", dan Si Janggut juga telah menulis "Asian Renaissance".